Monday, February 27, 2012

Pelantikan DG41 bagi calon PJJ

Kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3(DGA34) dan DG2-5(DGA38) yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memilih SBPA serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sehubungan dengan itu semua guru PPLD yang memiliki ijazah dan belum dilantik ke DG1-1(DG41) perlu mengambil TINDAKAN SEGERA untuk menghantar dokumen yang diperlukan yang boleh didownload DI SINI ke Unit Naik Pangkat JPN Terengganu pada atau sebelum 11 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

En. Mohd Saidi bin Abu Bakar - 09-6213246
Pn. Suzana bt. Ibrahim - 096213149

* Tolong war-warkan kepada rakan-rakan kita.
sumber:http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment