Monday, November 23, 2015

Sajak Khas Untuk Anakku......Naqib Naqiuddin dan Naim Firdaus




Keputusan UPSR……yang mendebarkan…17 November 2015

Entah kenapa……
Mataku belum bersedia untuk lelapkan.
Sekurang-kurang buat seketika.
Menggalas harapan guru-guru
Menunaikan amanah sebagai penjaga
Demi mencapai cita-cita setiap insan
Kebahagiaan dunia dan akhirat

Semalam…kuingat kata-kata cikgu Mus
Guru pakar Gurindam
Naim boleh dapat 5A,Insya allah.
Nakib boleh dapat 5A,Insya allah.
Semalam juga Naim masih dapat B.
Semalam juga Nakib dapat A jarang sekali.
Alunan ombak…….tetapi ada juga ketenanganya.

Semalam…kuingat kata-kata Cikgu Ta
Guru pakar bijak sifir
Naim beres doh bab ngira
Nakib suka sangat Matematik
Semalam juga Naim dapat A
Semalam juga Nakib dapat A
gembira….semoga impian itu nyata.

Semalam…kuingat kata-kata Cikgu Na
Guru pakar PM dan PB
Naim…soalan mudah salah soalan payah betul
Nakib…PM dan PB tukor sokmo…
Semalam juga Naim dapat B
Semalam juga Nakib masih dapat B
Penuh harapan…..kecuaian dapat diatasi.

Semalam…kuingat kata-kata Cikgu Yus
Guru Pakar  “Twinkle, twinkle, little star”
Naim …kena score kertas 1 kalu nok dapat A
Nakib…faham molek soalan pemahaman tu..
Sikit-sikit boleh….

Detik minit dan saat
kukira kubahagi
semuanya menunggu keputusan 10.00 pagi
Hari Selasa UPSR sebentar lagi.
Naim Firdaus mendapat 5 A
Nakib Naqiuddin mendapat 5 A

Oh tuhan…..Alhamdulillah
Anakku cemerlang lagi.
Di sebelahku….guru-guru mengalir air mata kegembiraan.
Ibu bapa dan kawan-kawan tumpang gembira…..
Tahniah …… Naim
Tahniah……. Naqib

Terima kasih cikgu…
Sudi mendidik dan mengajar tanpa mengira
Penat dan lelah…pagi,petang dan malam
Hari cuti pun mengajar lagi
Semua cikgu menyumbang bakti
Semoga ilmu cikgu diberkati dan mendapat ganjaran pahala
dari Allah swt.
Nukilan bapa khas buat anakku….17/11/2015



Mana yang lain ........ni..jom bergambar



17 November 2015 Selasa.Tahniah atas pencapaian cemerlang UPSR 2015. 5A seramai 12 Orang manakala 4A 1B seramai 13 orang.

Majlis Anugerah Cemerlang SK Bukit Tumbuh pada 17 November 2015


















Monday, October 26, 2015

Bertukar ke SK Kampung Gemuroh mulai 16 Oktober 2015

Pada 25 Oktober 2015 PPDKT,Saya telah menerima surat kenaikan pangkat daripada Tn Haji Khairi (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu) dan ditempatkan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum,SK Kampung Gemuroh,Kuala Nerus.Terengganu berkuatkuasa pada 16 Oktober 2015.

Perkhemahan Tahunan Murid Tahun Enam SK Bukit Tumbuh 2015





Kursus Transformasi Terengganu Baru (TTB) di BTN Langkawi pada 15 - 17 Oktober 2015






Tuesday, October 13, 2015

Permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016


Merujuk surat yang dikeluarkan oleh KPM bertarikh  12 Oktober 2015

PERMOHONAN MURID SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU(1) DAN TINGKATAN EMPAT(4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

Permohonan Tingkatan Satu (1)  bertarikh 15 Oktober 2015 hingga 15 November 2015

Permohonan tingkatan empat (4) bertarikh 10 Disember 2015 hingga 30 Disember 2015

Sila ke laman web : www.moe.gov.my

Wednesday, September 30, 2015

Ikrar Perkhemahan Badan Beruniform 2015


IKRAR PERKHEMAHAN 2015

Bismillahhirahmanirahim

KAMI
PARA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN
BADAN BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN  BUKIT TUMBUH
DENGAN PENUH KEIKHLASAN
 

BERIKRAR
BAHAWA KAMI
 AKAN  MENYERTAI PERKHEMAHAN INI
DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
 MENJALANKAN SEMUA AKTIVITI
DENGAN TABAH DAN PENUH SEMANGAT BERPASUKAN


BAHAWA KAMI
AKAN MEMANFAATKAN  SEGALA PELUANG  
UNTUK MENINGKATKAN
ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
SERTA  MENURUT  SEGALA PANDUAN
NASIHAT DAN TUNJUK AJAR


BAHAWA KAMI
AKAN MEMATUHI SEMUA PERATURAN
YANG TELAH DITETAPKAN
  DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
BAGI MENJAYAKAN PERKHEMAHAN INI

Program Masakan pasca UPSR pada 30 September 2015










Taklimat Pemasangan Khemah sempena Perkhemahan Badan Beruniform 2015