Sunday, January 29, 2012

PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM KALI PERTAMA 2012

PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM KALI PERTAMA 2012

MASA:1.30 PTG HINGGA 2.30 PTG
TEMPAT:DEWAN SEKOLAH
CATATAN:PEMBAHAGIAN TUGAS
PELANTIKAN AJK
PERSEDIAAN PERKHEMAHAN TAHUNAN

Ujian TOV 2012 29.1.2012 hingga 31.1.2012

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN TOV 2012

29.1.2012:AHAD: BM KERTAS 1,BM KERTAS 2 DAN MATEMATIK KERTAS 2
30.1.2012:ISNIN:MATEMATIK KERTAS 1,BAHASA INGGERIS KERTAS 1 DAN 2
31.1.2012:SELASA:SAINS

Saturday, January 28, 2012

Tuntutan Ceupacs kepada Pasukan Petugas Khas SBPA

Presiden CUEPACS beri kata dua tarik diri jika syarat tidak dipenuhi:
.Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
  • Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
  • Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
  • Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  • Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam

    GEORGETOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.
    sumber: berita harian online.

  • Friday, January 20, 2012

    Kursus kepimpinan Pengawas,Pengawas pss dan Ketua/Pen ketua Kelas 2012





    Tempat :SK Bukit Tumbuh
    Tarikh:20.1.2012
    Masa:8.00 Pagi HIngga 5.30Ptg.
    Anjuran:Unit Bimbingan Dan Kaunseling
    Unit Disiplin dan pengawas
    Unit Pusat Sumber Sekolah.
    Penglibatan Murid:
    Pengawas : 64 orang
    Pen/Ketua :34 Orang
    Pengawas PSS:64 Orang

    Tuesday, January 17, 2012

    SBPA DISEMAK SEMULA SECARA KESELURUHAN, KATA NAJIB

    PARIT BUNTAR, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula berdasarkan keseluruhan skim berkenaan.

    Beliau berkata semakan semula itu akan turut mengambil kira pandangan pihak yang tidak berpuas hati.

    "Kita tidak usah pre-empt (buat tindakan awal) dulu. Apa keputusan kita akan tengok semula, di mana kita akan tengok berdasarkan pada skim keseluruhannya dan kita akan mendengar kalau ada mana-mana pihak yang rasa tak puas hati.

    "Sama ada jumlah kenaikan terlalu kecil atau 'parity'(setara) dengan kumpulan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 di sini hari ini.

    Khamis lepas Najib mengumumkan SBPA akan disemak semula bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

    Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilaporkan berkata satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

    Pasukan itu, yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam, diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April, untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

    Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sebanyak 600,000 penjawat awam sudah menandatangani surat tawaran skim SBPA sebelum ini.

    Terdapat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Dis lepas.

    Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

    Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

    Karnival Hoki Antara Rumah Sukan SK Bukit Tumbuh 17.1.2012




    Tahniah kepada semua peserta di atas penyertaan anda dalam karnival Hoki antara rumah sukan peringkat sekolah Keb Bukit Tumbuh pada 17 Januari 2012 bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.
    Tahniah kepada pasukan rumah Hijau ( Cikgu Azlina -Ketua)yang berjaya menjadi Johan kumpulan manakala Rumah Biru( Cikgu Zunita Arina-Ketua) berjaya menjadi naib johan.Jumpa lagi dalam pesta seterusnya....pesta bola baling.
    Terima kasih kepada semua warga SKBtum yang sentiasa memberi kerjasama dan komitmen yang amat tinggi.
    Sekalung penghargaan kepada Cikgu Arman selaku jurulatih merangkap pengerusi Pasukan Hoki sekolah yang telah berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan cemerlang.