Monday, October 31, 2011

PEPERIKSAAN OTI 6 AKHIR TAHUN 2011

JADUAL OTI 6 (AKHIR TAHUN 2011)

ISNIN 31.10.2011 BAHASA MELAYU 1 ,BM2,PAI DAN B ARAB
SELASA 01.11.2011 MATEMATIK 2,MATEMATIK 1 DAN JAWI
RABU 02.11.2011 B INGGERIS 1 ,B INGGERIS 2 DAN KEMAHIRAN HIDUP
RABU 09.11.2011 SAINS ,KAJIAN TEMPATAN DAN PJPK
KHAMIS 10.11.2011 P SENI,P MUZIK DAN P SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN.

Keistimewaan Hari Arafah 9 Zulhijjah

Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah yang mana bagi jemaah haji mereka diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji , disunatkan berpuasa. Pada hari ini juga disunatkan untuk mengumandangkan takbir. Di sini akan disebutkan beberapa hadis yang menyatakan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah sebagai suntikan semangat dalam menambahkan amalan sebagai bekal di hari akhirat nanti.Ingatlah dunia ini hanya sementara dan mestilah digunakan untuk mencari sebanyak mungkin bekal sebelum tibanya hari kematian sebagai tiket utama menuju negeri akhirat yang kekal abadi.

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Nasai’e, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan al-Baihaqi

Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah.
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi-

Hadis-hadis ini menunjukkan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah samada kepada mereka yang mrenunaikan fardhu haji atau pun tidak. Allah mengampuni dosa hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat serta mengabulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hambaNya. Allah begitu bangga dengan hamba-hambaNya yang beramal soleh dan sentiasa bertaubat. Oleh itu, muhasabahkanlah diri kita samada kita termasuk dalam golongan yang sentiasa beramal soleh dan bertaubat atau pun hanya melakukan amalan sambil lewa dan penuh kemalasan. Ingatlah kepada hari mati dan hari pembalasan yang mana setiap amalan samada baik atau pun buruk walau sekecil zarah pun akan ditayangkan oleh Allah di depan khalayak ramai. Jika amalan baik tidaklah perlu dipersoalkan tetapi jika amalan buruk dan maksiat ditayangkan bagaimana perasaan kita ketika itu?. Kita tidak boleh menafikan lagi segala perbuatan maksiat yang dilakukan malah setiap angggota kita akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Insaflah wahai sahabat-sahabatku!

http://aki2004.wordpress.com/2009/11/18/kelebihan-hari-arafah/

Tuesday, October 18, 2011

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012



Sayembara Deklamasi Puisi Sempena Bulan bahasa Kebangsaan 2011

Tarikh: 22 Oktober 2011
Tempat :Perpustakaan Awam Negeri Terengganu(PPAT)
Masa : 8.00 pagi -peringkat saringan.
8.30 malam - peringkat akhir

Tuesday, October 11, 2011

Perkhemahan Ujian kenaikan pangkat TKRS

Tarikh: 13 hingga 15 Oktober 2011
Masa pendaftaran : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat:Pusat Kokurikulum Kuala Terengganu
d/a SMK Bukit Guntong,Kuala Terengganu

Calon dari SK Bukit Tumbuh:
1-MUHAMMAD AIMAN NASRUDDIN B ALIAS ( AQ09568)
2-AIDA NATASYA BT MUKTAR ( AS72119 )


Aktiviti yang dipertandingkan dalam perkhemahan
a-Kraf perkhemahan
b-Replika gejek
c-Kawad Kaki
d-Kebudayaan

Majlis penutup Perjumpaan kokurikulum 2011

2.00 petang

Aturcara:
1;Ucapan pengengerusi majlis
2.Ucapan Puan Guru Besar
3.Persembahan dari pemenang setiap kelab/persatuan
4-Penyampaian hadiah
a-Jejak maklumat Badan beruniform
b-Kelab dan persatuan

4.00 Petang: Bersurai

Monday, October 10, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 (OTI 6)

MASA

TARIKH

8.00 - 8.50

9.00 - 10.15

10.15 - 11.00

11.00 - 12.00

30.10.2011

(Ahad)

B.MELAYU

KERTAS 1

B.MELAYU

KERTAS 2

PENDIDIKAN ISLAM

MASA

8.00 - 9.00

9.15 - 10.15

11.00 - 12.00

31.10.2011

(Isnin)

MATEMATIK

KERTAS 2

MATEMATIK

KERTAS 1

PEND. JASMANI DAN

KESIHATAN

MASA

8.00 - 8.50

9.00 - 10.15

11.00 - 12.00

1.11.2011

(Selasa)

B. INGGERIS

KERTAS 1

B. INGGERIS

KERTAS 2

BAHASA ARAB

MASA

8.00 - 9.00

9.15 - 10.15

10.15 – 10.45

11.00 – 12.00

12.15 - 1.15

2.11.2011

(Rabu)

SAINS

JAWI

REHAT

PSV

PEND. MUZIK

Program masyarakat Murni SK bukit Tumbuh di Melaka


Sunday, October 2, 2011

Penerbangan Pertama Jemaah Haji 30.9.2011



P/S:Warga SKBtum mendoakan En Mahamad Nazuri B Hussin dan Pn Wan Mardhiah Bt W. Muhamad selamat menjalani ibadat Haji semoga mendapat haji Mabrur.

Kumpulan pertama berlepas ke Mekah

KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Sebanyak tujuh penerbangan membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah mula beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, ia melibatkan seramai 3,129 jemaah haji dari zon timur merangkumi tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Katanya, penerbangan kedua dari LTSM ialah pada 1 Oktober dan diikuti pada 5 dan 6 Oktober serta 16, 17 dan 18 Oktober.

"Setiap penerbangan yang membawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis meraikan keberangkatan 447 jemaah haji pertama dari Kuala Terengganu ke Arab Saudi di LTSM, hari ini.

sumber: Utusan Online.