Monday, February 28, 2011

ACARA SUKANEKA TAHAP 1 PADA 28 02 2011 SK BUKIT TUMBUH 2011


ISI AIR DALAM BOTOL TEROMPAH GERGASI


BAWA BOLA DALAM SUDU BAWA BOLA DALAM GELUNG ROTAN

Tahniah kepada semua peserta.Acara yang paling menarik.Sokongan dan kerjasama setiap rumah sungguh padu.Tahniah.

ACARA LOMPAT TINGGI DAN LOMPAT JAUH AKHIR

Pertandingan Akhir Acara Lompat Jauh dan lompat Tinggi
bagi Tahun 4,5 dan 6.Acara ini bermula jam 4.00 petang di padang SKBTUM.


Tuesday, February 22, 2011

IKRAR KEJOHANAN SUKANTARA 2011 SK BUKIT TUMBUH

IKRAR KEJOHANAN

KAMI BERIKRAR
BAHAWA KAMI
AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN
DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUMBUH
KALI YANG KE-8
DENGAN IKHLAS
PATUTHI KEPADA UNDANG-UNDANG
DAN AKAN BERTANDING
DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN
BAGI MENINGKATKAN
MUTU SUKAN NEGARA

Monday, February 21, 2011

SAMBUTAN MAULIDURASUL 1432H PADA 21.2.2011

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada setiap tahun oleh umat Islam sedunia merupakan satu manifestasi rasa cinta yang mendalam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Baginda dilahirkan pada 9 Rabiulawal, Tahun Gajah, hari Isnin dan bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 Masihi (al-Rahiq al-Makhtum, hal. 71).

Sehubungan itu,Panitia Agama Islam,SK Bukit Tumbuh tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan kuiz Maulidurasul,persembahan murid,perarakan dan ceramah Maulidur Rasul.

OBJEKTIF PROGRAM
1-Memantapkan lagi penghayatan umat Islam terhadap kepentingan sunnah baginda SAW.
2-Memperingati sejarah kelahiran dan pengorbanan baginda Nabi Muhamad SAW.
3-Meningkatkan hubungan
silaturahim sesama insan ke arah perpaduan ummah

HARI : ISNIN
TARIKH :21 FEBRUARI 2011
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT :TAPAK
PERHIMPUNAN
SK BUKIT TUMBUH
PERASMIAN OLEH:PN HJH SHARIFAH KASMANI BT SYED AKIL (GURU BESAR )


Saturday, February 19, 2011

KURSUS PEMANTAPAN VOLUME KERJA












Perkara :Kursus Pemantapan Volume kerja
Tarikh : 19 Februari 2011
Hari :Sabtu
Masa :8.00 Pagi hingga 2.00 petang
Tempat :Makmal Komputer SKBtum
Penceramah : Pn Hjh Sharifah Kasmani Bt Syed Akil.
(Guru Besar SKBTUM)

MISI DAN VISI PSS SKBTUM 2011

VISI DAN MISI PSS 2011


VISI PSS

Menjadikan PSS sebagai sebuah gedung ilmu yang lengkap dengan segala maklumat terkini ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

MISI PSS

  • Menggalakkan penggunaan PSS oleh warga sekolah ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi individu dan sahsiah.
  • Memupuk tabiat belajar kendiri,membaca dan menyelidik melalui inkuiri penemuan serta penggunaan pelbagai maklumat secara sistematik.
  • Membantu murid-murid dan guru-guru menghasilkan,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran ke arah potensi dan minat murid.

Wajah skbtum

Wajah skbtum 2011

Sudut bacaan murid tahap 1

Sudut bacaan tahap 1

Kaunter sirkulasi skbtum 2011

Kaunter sirkulasi 2011

Tapak perhimpunan skbtum

Tapak Perhimpunan setiap hari persekolahan.

Bilik Tayangan 2011

Gambar bilik Tayangan 2011

GAMBAR PERPUSTAKAAN

Dalaman perpustakaan SKBtum.

Tuesday, February 15, 2011

KETERANGAN LOGO SKBTUM


Buku/ Al-Quran- punca ilmu dari sumber yang benar, suci dan melambangkan ilmu yang ingin dicapai oleh setiap orang murid di sekolah ini

Jangka Lukis- bermaksud unsur ketepatan yang diukur secara saintifik. Gabungan antara jangka lukis dan tujuh bulatan ini melambangkan penitisan ilmu yang menjadi amalan mulia di sekolah ini.

Teknologi- Melambangkan pengalaman sains dan teknologi di sekolah.

2000- melambangkan tahun penubuhan sekolah dan bermulanya sesi persekolahan.

Warna biru- melambangkan kasih sayang (juga menjadi warna sekolah).

Warna putih- melambangkan kebersihan, ketulusan, keikhlasan warga sekolah serta maruah bangsa, agama dan Negara.

Warna kuning- Melambangkan kesetiaan.

SENARAI NAMA GURU BESAR SKBTUM

1-TN HJ MUDA@YUSOF BIN MOHD
(1 JANUARI 2000 HINGGA 24 JANUARI 2002)

2-TN HJ ABDUL RAHMAN BIN MUHAMAD
(1 APRIL 2002 HINGGA 31 JANUARI 2007
)

3-YM PN. HJH SHARIFAH KASMANI SYED AKIL

(
1 FEBRUARI 2007 HINGGA SEKARANG)



SEJARAH AWAL PENUBUHAN SK BUKIT TUMBUH

Pada 1 Januari 2000, Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh (SKBTum) dengan keluasan kawasannya ialah 11.7728 ekar dan berlokasikan kawasan pinggir bandar telah dibuka. Sekolah ini didirikan di kampung Bukit Tumbuh iaitu di mukim Kuala Nerus daerah Kuala Terengganu. Pada mula-mula penubuhan, sekolah ini diberi gred B oleh kementerian dan telah dinaikkan ke gred A selepas dua tahun penubuhannya. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah Tuan Haji Muda@Yusof bin Mohamad. Beliau berkhidmat sejak mula-mula penubuhan sekolah sehingga 24 Januari 2002. Selepas itu, tempat beliau diambil alih oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamed pada 1 April 2002. Kemudian, bermula 1 Februari 2007 Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh menerima kehadiran guru besar baru iaitu YM Puan Hajjah Sharifah Kasmani binti Syed Akil sehinggalah sekarang.

Sebelum tertubuhnya SKBTum, kawasan tersebut merupakan kawasan sawah padi penduduk setempat. SKBTum terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 1 kilometer dari sekolah rendah yang paling hampir dengan sekolah tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal (SKBT). Pada tahun pertama persekolahan, sekolah tersebut tidak mempunyai makmal Sains dan ketika itu murid-murid yang belajar di sekolah hanya murid tahun satu hingga tahun lima sahaja. Pada tahun kedua persekolahan iaitu pada tahun 2001 merupakan tahun pertama murid SKBTum menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Di samping itu, pada awal penubuhan bilangan guru yang berkhidmat hanya seramai 24 orang dan murid seramai 442 orang. Bilangan ini telah bertambah iaitu pada 31 Mei 2006, bilangan guru yang berkhidmat ialah seramai 35 orang dan murid seramai 557 orang. Manakala sehingga Disember 2007, bilangan guru dan murid adalah seramai 42 dan 575 orang. Berdasarkan kepada jumlah bilangan murid yang berdaftar di SKBTum, waktu persekolahan satu sesi.