Tuesday, February 15, 2011

SEJARAH AWAL PENUBUHAN SK BUKIT TUMBUH

Pada 1 Januari 2000, Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh (SKBTum) dengan keluasan kawasannya ialah 11.7728 ekar dan berlokasikan kawasan pinggir bandar telah dibuka. Sekolah ini didirikan di kampung Bukit Tumbuh iaitu di mukim Kuala Nerus daerah Kuala Terengganu. Pada mula-mula penubuhan, sekolah ini diberi gred B oleh kementerian dan telah dinaikkan ke gred A selepas dua tahun penubuhannya. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah Tuan Haji Muda@Yusof bin Mohamad. Beliau berkhidmat sejak mula-mula penubuhan sekolah sehingga 24 Januari 2002. Selepas itu, tempat beliau diambil alih oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamed pada 1 April 2002. Kemudian, bermula 1 Februari 2007 Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh menerima kehadiran guru besar baru iaitu YM Puan Hajjah Sharifah Kasmani binti Syed Akil sehinggalah sekarang.

Sebelum tertubuhnya SKBTum, kawasan tersebut merupakan kawasan sawah padi penduduk setempat. SKBTum terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 1 kilometer dari sekolah rendah yang paling hampir dengan sekolah tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal (SKBT). Pada tahun pertama persekolahan, sekolah tersebut tidak mempunyai makmal Sains dan ketika itu murid-murid yang belajar di sekolah hanya murid tahun satu hingga tahun lima sahaja. Pada tahun kedua persekolahan iaitu pada tahun 2001 merupakan tahun pertama murid SKBTum menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Di samping itu, pada awal penubuhan bilangan guru yang berkhidmat hanya seramai 24 orang dan murid seramai 442 orang. Bilangan ini telah bertambah iaitu pada 31 Mei 2006, bilangan guru yang berkhidmat ialah seramai 35 orang dan murid seramai 557 orang. Manakala sehingga Disember 2007, bilangan guru dan murid adalah seramai 42 dan 575 orang. Berdasarkan kepada jumlah bilangan murid yang berdaftar di SKBTum, waktu persekolahan satu sesi.

No comments:

Post a Comment