Monday, February 21, 2011

SAMBUTAN MAULIDURASUL 1432H PADA 21.2.2011

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada setiap tahun oleh umat Islam sedunia merupakan satu manifestasi rasa cinta yang mendalam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Baginda dilahirkan pada 9 Rabiulawal, Tahun Gajah, hari Isnin dan bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 Masihi (al-Rahiq al-Makhtum, hal. 71).

Sehubungan itu,Panitia Agama Islam,SK Bukit Tumbuh tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan kuiz Maulidurasul,persembahan murid,perarakan dan ceramah Maulidur Rasul.

OBJEKTIF PROGRAM
1-Memantapkan lagi penghayatan umat Islam terhadap kepentingan sunnah baginda SAW.
2-Memperingati sejarah kelahiran dan pengorbanan baginda Nabi Muhamad SAW.
3-Meningkatkan hubungan
silaturahim sesama insan ke arah perpaduan ummah

HARI : ISNIN
TARIKH :21 FEBRUARI 2011
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT :TAPAK
PERHIMPUNAN
SK BUKIT TUMBUH
PERASMIAN OLEH:PN HJH SHARIFAH KASMANI BT SYED AKIL (GURU BESAR )


No comments:

Post a Comment