Saturday, July 28, 2012

JPA LULUSKAN 7975 JAWATAN DG41 PJJ KPM OUM MULAI 23 JULAI 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil maklum dan prihatin di atas perkara yang dibangkitkan oleh Hashim Adnan, Presiden NUTP agar JPA menaikkan gred 400 guru yang memperoleh ijazah melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari Gred DGA32 dan DGA29 kepada Gred DG41 seperti yang dinikmati 7,975 guru lepasan Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS).

Untuk makluman, Program Pensiswazahan Guru (PPG) adalah merupakan isu Pertukaran Pelantikan kerana ia melibatkan dua skim perkhidmatan yang berbeza dan bukannya kenaikan gred guru. Isu pelantikan guru adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak JPA hanya terlibat dengan keperluan pewujudan jawatan dan tidak terlibat dengan proses pelantikan guru.
Sehingga 23 Julai 2012, JPA telah meluluskan sebanyak 7,975 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) pelbagai Gred ke jawatan PPPS Gred DG41 di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkuat kuasa 2 Oktober 2010. Pewujudan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 adalah bagi menampung keperluan penempatan PPPLD yang telah tamat dan memperoleh ijazah di bawah Dasar Pensiswazahan Guru secara PJJ yang dilaksanakan oleh KPM. Kelulusan tersebut telah menyelesaikan isu guru yang telah memperolehi ijazah sebelum tahun 2010 sehingga Disember 2011 dan telahpun lulus temu duga dan diperaku oleh SPP untuk dilantik sebagai PPPS Gred DG41.

Berhubung isu 400 guru yang telah tamat pengajian dan belum diluluskan kenaikan gred oleh JPA dan KPM, KPM kini sedang mendapatkan maklumat daripada NUTP berkaitan sumber data 400 guru tersebut termasuk mengemukakan senarai nama penyandang ke KPM. Untuk makluman sehingga kini, JPA masih tidak menerima sebarang permohonan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM bagi menukar ganti jawatan berhubung kohort baharu guru yang telah tamat PPG.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
26 Julai 2012

Thursday, July 19, 2012

Terengganu cuti Ahad ini 22.7.2012 rai kejayaan Sukma


17 Julai 2012
KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan cuti peristiwa sehari pada Ahad ini bagi negeri itu sempena kejayaan kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15.
  
Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyambut kontinjen Terengganu yang tiba dari Pahang di sempadan negeri Kemaman-Kuantan, di sini.
  
Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011. - Bernama

Sunday, July 15, 2012

MAJLIS PELANCARAN JALUR GEMILANG 17 JULAI 2012

  •  
  • Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang
    • Tarikh: 17 Julai 2012 (Selasa)
    • Masa: 8.00 pm
    • Tempat: Little India, Brieckfields | Kampung Baru | Petaling Street, Kuala Lumpur

Wednesday, July 4, 2012

Teratai Terbesar Di Dunia

Jauh di dalam hutan hujan Amazon tersembunyi aneka ragam misteri yang sukar dimengertikan. Salah satu perkara membingungkan kebanyakan ahli botani ialah penemuan sejenis tumbuhan tropika yang sangat menakjubkan iaitu Victoria Amazonica
Rujukan : Majalah Infiniti Edisi ke-38

Sunday, July 1, 2012

UJIAN PRA PERCUBAAN OTI 3 TAHUN 2012

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERCUBAAN PADA SELASA, RABU DAN KHAMIS NI.