Thursday, April 28, 2011

Program Let's Read Together




Program Let's Read Together diadakan pada setiap hari di tapak perhimpunan sekolah.Program ini jalankan pada jam 7.15 pagi.Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan sambil membaca buku.Setiap hari,wakil murid akan tampil di hadapan perhimpunan untuk mengikuti program ini melalui aktiviti bercerita,bicara buku,membuat pengucapan awam dan sebagainya.


Ucapan perpisahan Cikgu Hizami dan Cikgu Azri 28.4.2011


Ucapan terakhir(wakil praktikum)

1-Abdul Hizami Khusaini Bin Abdul Halim
(20 Januar i 2011 hingga 28 April 2011)
2-Azri Bin Mohd Yamin
(20 Januari 2011 hingga 28 April 2011)

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih sepanjang berpraktikum di sekolah ini.Komitmen dan kerjasama anda sepanjang berada di sini amat dikagumi dan dingati.

Tuesday, April 26, 2011

PROGRAM BERSAMA MAJALAH KUNTUM 26.4.2011










Pada hari ini,Selasa 26 April 2011.Warga SK Bukit Tumbuh amat bertuah kerana berpeluang menjayakan program kuntum di Dewan Terbuka SKBtum.Program ini dikendalikan oleh Pn Asma Binti Saad Editor Majalah Kuntum.
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Pihak majalah Kuntum menjayakan program ini.Sekian.

sumber:Pn Zuzaini Bt Abd Aziz(Guru Perpustakaan)

Star Publications(Malaysia)Bhd
Star Media Hub,2 Jalan Astaka U8/88
Section U8,Bukit Jelutong
40150 Shah Alam
Selangor
03-79671388

Monday, April 25, 2011

Kursus Eduweb TV

Kursus ini disampaikan oleh cikgu mohd Shahirudin(Penyelaras Bestari).Kursus ini akan diadakan pada 25 April 2011 Isnin.
harap maklum

Sunday, April 24, 2011

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA


UNESCO telah mengiktiraf Hari Buku & Hakcipta Sedunia pada
23 April setiap tahun bagi mempromosikan budaya membaca,
penerbitan dan juga menghormati hakcipta.

Sehubungan dengan itu,Program Sehari bersama buku telah dilaksanakan oleh jawatankuasa NILAM di tapak perhimpunan pada 24 April 2011.

Thursday, April 21, 2011

SENARAI NAMA PEMAIN BOLA BALING SK BUKIT TUMBUH 2011

BIL NAMA NO S.B/K.P NO JERSI
1 MIMI SUHAILA BT ZUNAID AL 72263 2
2 NUR IZZAH SYAZWANI BT AB. HALIM AK 28730 12
3 ALLYA SYAMIMI BT YUSUF AN 16237 6
4 MURSYIDAH MAISARAH BT MUSTAPHA AJ 64859 8
5 NURSYAZA FARIHAH BT AHMA SAUFI AM 48949 1
6 NURUL ASMIEZA BINTI MANSOR AJ 64833 9
7 NUR KAMILAH BINTI ABDULLAH AN 16703 13
8 NUR QURAISHA BALQIS BT AHMAD SUHAIMI AJ 63068 14
9 SITI NOR SHAIRAH BT HJ MOHD AQ 12347 11
10 TENGKU ALYA ATHIRAH BT TENGKU MAZLAN AM48968 3
11 SITI ATHIRAH SHAZWANA BT AZMAN AM 46076 17
12 MAZATUL SHAMMIMI BT MOHD EZUDDIN AK 44875 4

Wednesday, April 20, 2011

Bola Baling SK Bukit Tumbuh terus Unggul 20.4.2011

KEPUTUSAN PENUH KUMPULAN B





Lawatan pengawas sekolah dan pengawas pss Planetarium,Muzium Negeri dan Perpustakaan Awam
















Lawatan ini dianjurkan oleh jawatankuasa pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.Lawatan ini terdiri daripada 130 pelajar yang terdiri daripada 70 pengawas sekolah dan 70 pengawas pusat sumber.Guru-guru yang turut serta lawatan ini ialah Cikgu Azman ( ketua rombongan),Cikgu Zaidon,Cikgu Halim,Cikgu Zuzaini dan Cikgu Khamsah.Objektif utama lawatan ini ialah mencari maklumat dan pengalaman bermakna untuk digunakan dalam pembelajaran di dalam kelas.

Bas bertolak pada pukul 9.30 pagi dari sekolah ke Planetarium.Sebaik sahaja sampai di planetarium,peserta lawatan dibahagikan kepada 2 kumpulan utama.Setiap kumpulan berpeluang mengikuti “Tayangan Astronomi “dan mengunjungi galeri sains secara bergilir-gilir di Planetarium.Setiap murid dikenakan bayaran masuk sebanyak RM1.00 dan RM5.00 untuk guru.

Seterusnya,pada pukul 11.oo pagi,rombongan menuju ke Muzium Negeri di Bukit Losong.Hampir 1 jam setengah peserta lawatan berpeluang mengunjungi sudut-sudut pameran di Muzium Negeri.Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM1.00 setiap murid manakala RM 5.00 bagi setiap guru.

Peserta lawatan mengambil peluang merehatkan minda sambil makan tengah hari di Masjid Taman Tamadun Islam(TTI).Oleh kerana kekangan masa,bas rombongan terus ke Perpustakaan Negeri Terengganu(PPAT).Rombongan kami disambut oleh Pn Salmah pegawai Perpustakaan.Beliau telah memberi taklimat ringkas berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan.Peserta lawatan dibawa ke setiap tingkat sambil diberi penerangan oleh pegawai tersebut.Peserta lawatan amat bertuah kerana menerima sedikit cendera hati dari pihak perpustakaan.Terima kasih.

Peserta lawatan amat gembira dan seronok sepanjang lawatan bermaklumat ini.Mudah-mudahan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.Komitmen dan kerjasama semua pihak sehingga menjayakan program ini diucapkan berbanyak terima kasih.

setiausaha lawatan

Monday, April 18, 2011

PAMERAN BUKU TERBITAN DBP DI SM TEKNIK LAPANGAN TERBANG

pertandingan bola baling perempuan bawah 12 mssmktu 2011



TARIKH:18/4/2011
HARI:ISNIN
TEMPAT:SMK MANIR
MASA:2.30 PETANG

MASA PERMAINAN : 7 MINIT : 1MINIT: 7 MINIT

TARIKH: 20/4/2011
HARI: RABU
TEMPAT:SMK MANIR
MASA : 2.30 PETANG

KUMPULAN B
B1 SK PULAU BAHAGIA
B2 SK BELADAU KOLAM
B3 SK BUKIT TUMBUH
B4 SK MENGABANG TELIPOT
B5 SK PAGAR BESI
B6 SK PULAU MANIS

PERPUSTAKAAN SK BUKIT TUMBUH 2011

xxx

Sebahagian sudut ceria di perpustakaan SK Bukit Tumbuh.
sumber Guru Perpustakaan : Pn Zuzaini Bt Abd Aziz.

KELULUSAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN




KELULUSAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
RUJ:PT.26002-06/2(26)
TARIKH:10 APRIL 2011



Wednesday, April 6, 2011

Mesyuarat Panitia BM kali 2 2011



Tempat:Bilik Perpustakaan
Masa :1.30 petang

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2008 - SEGAK





Rakan-rakan guru PJPK SK BUKIT TUMBUH.

SEGAK adalah satu set ujian Standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.Komponen yang diukur ialah
1-Pengiraan Indeks Jisim
2-Ujian naik turun Bangku selama 3 minit
3-Ujian Tekan Tubi
4-Ujian Ringkuk Tubi Separa
5-Ujian Jangkauan Melunjur.

Ujian ini hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun iaitu bulan Mac dan Bulan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 sahaja.
Semua data mestilah diisi menggunakan Borang BSSR ( Sekolah Rendah) dan Borang BSSM (Sekolah Menengah)

Salam hormat.

Setiausaha
PJPK 2011