Monday, February 27, 2012

Pelantikan DG41 bagi calon PJJ

Kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3(DGA34) dan DG2-5(DGA38) yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memilih SBPA serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sehubungan dengan itu semua guru PPLD yang memiliki ijazah dan belum dilantik ke DG1-1(DG41) perlu mengambil TINDAKAN SEGERA untuk menghantar dokumen yang diperlukan yang boleh didownload DI SINI ke Unit Naik Pangkat JPN Terengganu pada atau sebelum 11 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

En. Mohd Saidi bin Abu Bakar - 09-6213246
Pn. Suzana bt. Ibrahim - 096213149

* Tolong war-warkan kepada rakan-rakan kita.
sumber:http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Wednesday, February 22, 2012

Program Bicara Buku Berjudul Quran Saintifik Dr Danial Zainal Abidin

Karnival Bola Baling bawah 12 SK Bukit Tumbuh 21.2.2012








Tahniah kepada Rumah Kental yang menjuarai karnival 1M1S Bola Baling fasa 1 manakala Rumah Bestari naib juara.Syabas juga kepada pasukan Rumah Mantap dan Rumah Handal.Usaha lagi .Terima kasih kami tidak terhingga kepada semua warga SKBtum yang menberi kerjasama dan komitmen.



Bicara Buku Quran Saintifik :Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains

Buku ini diterbitkan oleh Penerbit PTS yang dikarang oleh Dr Danial Zainal Abidin.Buku ini mengandungi 5 bahagian dan 246 muka surat.Bahagian 1:Cemerlang dengan menguasai dua ayat.Bahagian 2:Permulaan Alam semester adalah permulaan segala-galanya Bahagian 3:Manusia dan asal usulnya.Bahagian 4:Tujuan dan matlamat hidup manusia dan bahagian 5:Epilog.Buku ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.Tanpa sebarang illustarasi amat sesuai dengan golongan dewasa.Saya suka membaca buku ini berulang-ulang kerana buku ini menampilkan fakta-fakta,dalil-dalil,dan hujah-hujah yang membuktikan KEESAAN ALLAH SWT.Al-Quran yang mengandungi 6236 ayat merupakan mukjizat kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.Di dalamnya terdapat peristiwa yang telah berlaku ,sedang berlakau dan yang akan berlaku.SUBHANALLAH

Saturday, February 18, 2012

Karnival Bola baling SK Bukit Tumbuh 21.2.2012

Pertandingan antara rumah sukan.
Masa :( 7:1:7)
Pemain :12 permain termasuk 5 pemain simpanan.
Sistem pertandingan:Liga satu Kumpulan

Pesta Buku Negeri Terengganu 23-29.2.2012 di TTC

Sukacita dimaklumkan Pesta Buku Negeri Terengganu 2012 akan berlangsung pada 23-29 Februari 2012 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Masuk adalah percuma. Terima kasih

Tuesday, February 14, 2012

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2012


Sila rujuk http://saps.moe.gov.my/dokumen/TAKWIM%20PEPERIKSAAN%20DALAMAN%202012.pdf