Sunday, February 5, 2012

BAHRAIN VS MALAYSIA KELAYAKAN OLIMPIK 2012


SECARA matematik, peluang kita layak ke play-off amat tipis. Tapi saya arah pemain, inilah medan terbaik membuktikan kita boleh menewaskan Bahrain, itulah kata kata-kata perangsang jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee.

Malaysia akan bertemu Bahrain untuk aksi keempat Kumpulan C, Kelayakan Olimpik Zon Asia bertemu Bahrain di Stadium Nasional, Manama, Ahad ini.

Malaysia tewas ketiga-tiga aksi pusingan pertama Kumpulan C kepada Jepun 0-2, Syria 0-2 dan Bahrain 2-3 di Bukit Jalil, 27 November lalu biarpun satu ketika selesa mendahului hasil jaringan Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli [Link].

Kali ini Malaysia perlu waspada pada 10 minit terakhir kerana itulah yang meranapkan impian Malaysia dahulu walaupun telah mendahului 2 – 0. Tiada lagi alasan keletihan dan jika menang Ahad ini, Malaysia mampu buka semula saingan dalam kumpulan C ini.

Dan diharapkan pertemuan dengan Jepun di laman sendiri (22 Februari depan) Malaysia akan lebih bersemangat dan mampu cipta kejutan. Pasti peluang kembali terbuka untuk meraih tempat kedua dengan harapan Malaysia dapat tampil pada aksi play-off di Vietnam, 25 hingga 31 Mac depan


No comments:

Post a Comment