Senarai telefon pintar (mengikut abjad) yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
Nota:
1) Di atas adalah senarai model pada 26 Dis 2012 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web penyedia perkhidmatan
;sumber: www.skmm.gov.my
Pusat Sumber Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 2001 ke arah membina kecemerlangan pelajar
Monday, December 31, 2012
Saturday, December 29, 2012
Friday, December 28, 2012
Bayaran Balik Pinjaman KPM(Pinjaman Boleh Ubah)
Kepada
Peminjam-Peminjam PJJ OUM, yang masih belum memohon Pengurangan Bayaran
Balik Pinjaman Pelajaran sila hantar Surat Permohonan , Borang A ,
Salinan Transkrip dan Salinan Ijazah yang telah disahkan oleh Majikan ke
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
SELANGOR
Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh terus menghubungi Unit Penguatkuasaan di talian 03-83217124
Pinjaman | |||
Pinjaman ialah bantuan kewangan yang perlu dibayar balik. Semua pelajar dan pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam bentuk 'pinjaman' adalah dikehendaki membayar balik pinjaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan. Setiap pinjaman KPM yang diterima tidak boleh ditukarkan kepada biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang. | |||
Pinjaman Boleh Ubah | |||
Pinjaman Boleh Ubah ialah bantuan yang diberikan kepada PPP/pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau luar Negara dan layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan bayaran 25% sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: | |||
i. Mendapat purata CGPA 2.75 dan ke atas;
|
|||
ii. Menamatkan pengajian dalam tempoh kursus yang ditetapkan tanpa pelanjutan.
|
|||
iii. Mengemukakan permohonan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh konvokesyen.
|
|||
iv. Tidak menukar bidang/kursus pengajian.
|
|||
v. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau Universiti.
|
|||
Proses Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran | |||
1. Peminjam menerima Notis Pembayaran Penuh daripada Bahagian Biasiswa, KPM dalam tempoh 6
bulan selepas menamatkan pengajian. (Sila hubungi Bahagian Biasiswa, KPM sekiranya tidak menerima Notis Pembayaran Penuh). |
|||
2. Mengembalikan dengan segera Borang A (Borang Kemaskini Maklumat Peminjam).
|
|||
3. Mengemukakan permohonan bayaran 25% bagi peminjam program Ijazah Pertama yang layak dengan mengemukakan :
|
|||
i. Sesalinan transkrip penuh yang disahkan.
|
|||
ii. Sesalinan sijil Ijazah yang disahkan
|
|||
Tindakan Peminjam | |||
1. Membuat pembayaran pertama mengikut tarikh mula bayar seperti di jadual pembayaran yang telah
ditetapkan. |
|||
2. Membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan.
|
|||
3. Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur setiap bulan.
|
|||
4. Menerima resit daripada Bahagian Biasiswa, KPM atau resit bercetak lain yang diperakui sebagai
bukti pembayaran. |
|||
5. Melaporkan kepada KPM dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat termasuk
alamat penjamin. |
|||
6. Sentiasa menggunakan No. Kad Pengenalan (lama dan baru) apabila berurusan dengan KPM
berhubung bayaran balik pinjaman. |
http://www.facebook.com/permalink.php?id=359329732750&story_fbid=10150684175337751
Thursday, December 27, 2012
Banjir Jalan Kg Banggol Peradong ke Kg Bukit Petiti ditutup semua lalulintas
27.12.2012.hujan selama 3 hari berturut-turut telah menyebabkan kejadian banjir di daerah Kuala terenggau
Monday, December 17, 2012
SEMAKAN TAWARAN KE TING 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2013
Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013
Dari jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan
akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut
3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk
murid lelaki. Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan
murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak
5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal
dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1
Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah
dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah
mendapatsekurangnya 3A2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin
berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )
Pendaftaran SBP Sesi 2013
Bagi yang telah berjaya, surat dan lampiran tawaran mesti dicetak dan dibawa semasa hari pendaftaran nanti.
Rayuan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013
Monday, December 10, 2012
OPSYEN BARU PENCEN KAKITANGAN AWAM MULAI 2014
TANJUNG MALIM 7 Dis. - Kerajaan bercadang
memperkenalkan skim yang bakal memudahkan pertukaran keluar masuk ke
perkhidmatan awam di negara ini tanpa terikat dengan sistem pencen mulai
2014.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, cadangan yang hanya melibatkan
lantikan baharu itu bagaimanapun adalah pilihan kepada sistem pencen
sedia ada.Beliau berkata, skim dinamakan Faedah Persaraan Bercarum (FPB) itu
pernah dicadangkan pada 2005 namun ditolak CUEPACS kerana caruman dan
faedahnya yang sedikit.
SUMBER:UTUSAN MALAYSIA 8.12.2012
Menurutnya, CUEPACS telah diberi taklimat semalam oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pasca Perkhidmatan dan skim itu ketika
ini baru dibincangkan di peringkat awal.
"Kita belum membuat sebarang keputusan dan akan membawa perkara ini
ke kongres untuk melihat pro dan kontranya supaya tiada sebarang pihak
yang teraniaya."Melalui skim ini, seseorang yang berhenti daripada kerajaan
contohnya, pada umur 40 tahun akan dibayar penuh, kemudian kerja di
syarikat milik kerajaan (GLC) dan boleh kembali bekerja di sektor awam
dengan skim FPB yang sememangnya lebih baik daripada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis
bicara eksekutif isu kenaikan gaji, elaun dan tuntutan CUEPACS di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini.
Sempena majlis tersebut, beliau turut melancarkan Skuad Pengguna,
penerbitan Suara Perjuangan Kelab Perkhidmatan Awam (KPA) dan Tabung
Gaza oleh UPSI.Omar berkata, skim FPB itu berkemungkinan menarik minat golongan muda
peringkat atasan iaitu gred 41 ke atas yang gemar bertukar pekerjaan
selain tidak terikat dengan kerajaan.Namun katanya, skim itu juga boleh mendatangkan kesan kepada penjawat
awam peringkat bawahan kerana tidak mendatangkan pulangan caruman yang
banyak."Bagaimanapun, skim ini tidak melibatkan mereka yang sedang dalam
perkhidmatan ketika ini," jelasnya yang turut mengakui negara lain
termasuk Singapura telah melaksanakan skim seumpama itu.
Tuesday, December 4, 2012
Gambar Pemisah Kejadian Siang dan Malam
Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan
menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis
berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan
malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang
memperlihatkan malam dan siang sekaligus.
Gambar tersebut diambil ketika waktu
fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang
dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak
14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:
(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].
“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqarah : 187]
Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:
Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.
“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)**
“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)**
Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu,
ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi
kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin
puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan
dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian
Allah menurunkan ayat: “(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu
yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya)
siang.)
Maha Suci Allah…
Subscribe to:
Posts (Atom)