Friday, June 24, 2011

Tahniah Skuad Olimpik Malaysia Vs Lubnan menang 2-1

Tahniah kepada skuad Olimpik bola sepak negara kerana berjaya menewaskan Lubnan dengan kemenangan 2 gol berbalas 1,Sungguh dramatik perlawanan di babak-babak akhir separuh masa kedua.Dengan kemenangan ini Malaysia mencipta sejarah dalam arena bola sepak negara untuk ke pusingan seterusnya..Sekaligus menambahkan kepercayaan dan keyakinan peminat bola sepak tanahair terhadap prestasi bola sepak negara.Tahniah Malaysia!!!!!

Aktiviti perkhemahan badan beruniform tahun 6









Wednesday, June 22, 2011

Ikrar Perkhemahan SK Bukit Tumbuh 2011

IKRAR PERKHEMAHAN

KAMI
PARA PESERTA PERKHEMAHAAN TAHUNAN
BADAN BERUNIFORM SEKOLAH SK BUKIT TUMBUH 2011
DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA BERIKRAR
BAHAWA KAMI AKAN
MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
BAHAWA KAMI AKAN
MENJALANKAN SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN
DENGAN TABAH DAN PENUH SEMANGAT
BAHAWA KAMI AKAN
MANFAATKAN PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MEMPERKAYAKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KAMI
SERTA MEMPERERATKAN LAGI PERPADUAN DI ANTARA KAMI

BAHAWA KAMI AKAN MENGHARGAI DAN MENJUNJUNG TINGGI SEGALA
PANDUAN,NASIHAT DAN TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI
BAHAWA KAMI AKAN
MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN DENGAN PENUH KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB

BAHAWA KAMI AKAN
BERUSAHA BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN
PERKHEMAHAN INI

Thursday, June 16, 2011

AHAD 19 JUN 2011 CUTI UMUM TERENGGANU


KUALA TERENGGANU 13 Jun - Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan skuad Penyu menjuarai Piala FA pada Sabtu lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia juga berikutan kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XIV.

Ahmad membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan wira-wira Piala FA dan Sukma XIV di Dataran Shahbandar di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Datuk Wan Ahmad Wan Muda.

Kira-kira 10,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat turut memeriahkan majlis sambutan itu.

Pada final Piala FA Sabtu lalu, skuad Terengganu mengalahkan Kelantan 2-1 manakala kontinjen Sukma Terengganu mendahului senarai pungutan pingat dengan 30 emas.

Wednesday, June 15, 2011

TOKOH NILAM TERENGGANU 2011



Pada 9 Jun 2011, buat julung kalinya Majlis Anugerah Tokoh NILAM Negeri Terengganu telah berjaya diadakan sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC ), Kuala Terengganu.

Seramai 12 orang pelajar sekolah seluruh Terengganu yang melibatkan empat kategori iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Luar Bandar serta Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Bandar telah menerima piala, sijil penghargaan dan baucer buku. Hadiah penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YB Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang mewakili Menteri Besar Terengganu.

Sunday, June 12, 2011

JUARA PIALA FA 2011 TERENGGANU KELANTAN (2-1 )


Terengganu memenangi Piala FA 2011 selepas mengalahkan Kelantan dengan jaringan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Penjaring:

Terengganu - Mohd Daudsu Jamaluddin (gol sendiri pada lima minit tambahan),
Ahmad Nordin Alias (min-109)
Kelantan - Mohd Nurul Azwan Roya (min-79)