Wednesday, September 12, 2018

MAJLIS PELANCARAN SPEAKER'S CORNER


Majlis Pelancaran Speaker's Corner telah diadakan pada 10 September 2018 hari Isnin Jam 7.45 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar, Hj Mazuki Bin A.Ghani.

Diharap dengan adanya sudut ini membolehkan murid mengasah bakat dalam aktiviti pengucapan awam.

















Sunday, April 15, 2018

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PESTA BUKU @PPAT 2018

Pesta buku Anjuran Perbadanan Perpustakaan telah diadakan pada 31 Mac hingga 7 April 2018. Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pesta Buku pada 4 April 2018 ( Rabu ). Rombongan terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya seramai 40 orang.






PELANCARAN NILAM DAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 3 - 5 APRIL 2018


Kem Membaca 1Malaysia  merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini.Pada tahun ini SKBukit Tumbuh telah mengadakan Kem Membaca 1 Malaysia pada 3 - 5 April 2018.

Antara Aktiviti yang telah dijalankan :

3 April 2018 –  - Bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
                         -Pertandingan Mewarna Poster Kem Membaca 1 Malaysia,
                         - Scrabble                 
4 April 2016 – Teka Silangkata, Cari kata dan Bina kata.
5 April 2018 – 30 minit bersama buku
3 - 5 April 2018 - Teka muka surat buku


 















KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUTAKAAN

Kursus Asas Perpustakaan telah di adakan pada 12 Febuari 2018 ( Isnin ) jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awan Terengganu ( PPAT ). Seramai 10 orang Pengawas Pusat Sumber dan 2 orang guru telah menghadiri kursus tersebut.
 Antara aktiviti yang telah diadakan ialah :

  1. Taklimat Pengenalan Perpustakaan
  2. Peranan Pengawas Perpustakaan
  3. Proses Bahan
  4. Merekod dan Mengelas 
  5. Lawatan Setiap Aras PPAT












 

MAJLIS WATIQAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS DAN PRS SESI 2018


Majlis Watiqah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan pada 21 Januari 2018 ( Ahad ) jam 7.30 pagi.

Maka bermulanya tugas  Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya  sesi 2018 secara rasminya. Harapan dari pihak sekolah agar pengawas dapat  memikul tugas yang diamanahkan  dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.



 
UCAPAN PERAMIAN

KETUA PENGAWAS SEKOLAH
MUHAMMAD FAWWAZ TAQRIZ BIN ZULKIPLI

PENOLONG PENGAWAS SEKOLAH
NUR NADHIRAH BT AMRAN

KETUS PENGAWAS PSS
NURUL NADIA BT ROSLAN



PENOLONG PENGAWAS PSS
SYARIFAH NUR ALIA BALQIS
BT SYED HASSAN SOBRI
BACAAN IKRAR



BACAAN DOA OLEH
TG AHMAD IKMAL ZUHDI  BIN TG MAZLAN

PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS PUSAT SUMBER

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA