Thursday, April 25, 2013

Pasukan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD KTU 1.4.2012


kenangan di SMK Manir.

Tahniah!!!!! Pasukan Bola Baling layak ke Suku Akhir pada 25.4.2013 di STEMZA.

Tahniah kepada pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh yang menyertai pertandingan bola baling peringkat daerah Kuala Terengganu Utara(KTU) yang telah diadakan di SMK Tengku Mizan(STEMZA),Maras Kuala Terengganu bermula 21 April hingga 25 April 2013.Pencapaian pasukan  amat membanggakan.Pasukan bola baling SKBTUM  menyertai pertandingan peringkat daerah bermula pada tahun 2011.Pertandingan ini merupakan pernyertaan kali ke tiga.

 Pasukan bola baling perempuan hanya seri semua perlawanan.Tidak bernasib baik untuk ke pusingan kalah mati.Manakala pasukan lelaki layak ke peringkat suku akhir dengan kekalahan tipis iaitu 1-2 kepada pasukan SK  Pulau Manis.

Saya selaku pengurus bola baling SK Bukit Tumbuh ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak terutamanya pemain-pemain,AJK bola baling,Guru Besar,barisan Penolong kanan,guru-guru dan ibu bapa.Tak lupa juga kepada penjaga kepada pemain yang sudi membenarkan anaknya mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.

MOTO: MULAKAN KEJAYAAN ITU DENGAN USAHA DAN TAWAKAL
sekian terima kasih.

MAJLIS TEMU MURNI SK BTUM PADA 25.4.2013

PROGRAM TEMU MURNI AKAN DIADAKAN SEPERTIMANA BERIKUT:

TARIKH:25.4.2013
HARI:KHAMIS
MASA:11.00 PAGI
TEMPAT:DEWAN SK BTUM
CATATAN:SEMUA IBU BAPA DIJEMPUT HADIR.

Wednesday, April 10, 2013

Guru dan staf SK Desa Setapak tahun 2000

Sekolah Kebangsaan Desa Setapak dibuka pada 1.1.1997.Gurru Besar yang pertama ialah Pn Che Nah Bt Omar.Guru Besar pada tahun 2000 ialah Cikgu Yusof.Alfatihah kepada Pn Marsila dan Pn Nor Azah yang telah kembali kerahmatullah.Semoga rohnya dirahmati diredhai oleh allah swt.

Tuesday, April 9, 2013

PROGRAM KLINIKAL SKORE A DAN B UPSR BERSAMA APAMT 2013 DI MARANG VILLAGE RESORT&SPA




Program Skore A&B ini telah dijalankan pada 7 hingga 9 April 2013 di Marang Village Resort dengan kerjasama APMT.Seramai 94 murid UPSR SK Bukit Tumbuh telah menyertai program tersebut dengan penuh minat dan berkesan sebagai persediaan UPSR 2013 pada bulan September nanti.Program ini diselaraskan oleh cikgu Ahmad Faizal b Mat Rani,Kaunselor dan Guru-guru tahun 6.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen menjayakan program ini.

Sunday, April 7, 2013

KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF(KIK)

KURSUS PELAKSANAAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF(KIK)
TARIKH:9 APRIL 2013
MASA:8.00 PG HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT:BILIK KAPAS 1.BTPN TERENGGANU
CATATAN:PN HAYATI OTHMAN 0139272298

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Malaysia Bubar pada 3.4.2013 untuk pilihan raya ke-13

 
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.