Thursday, April 25, 2013

Tahniah!!!!! Pasukan Bola Baling layak ke Suku Akhir pada 25.4.2013 di STEMZA.

Tahniah kepada pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh yang menyertai pertandingan bola baling peringkat daerah Kuala Terengganu Utara(KTU) yang telah diadakan di SMK Tengku Mizan(STEMZA),Maras Kuala Terengganu bermula 21 April hingga 25 April 2013.Pencapaian pasukan  amat membanggakan.Pasukan bola baling SKBTUM  menyertai pertandingan peringkat daerah bermula pada tahun 2011.Pertandingan ini merupakan pernyertaan kali ke tiga.

 Pasukan bola baling perempuan hanya seri semua perlawanan.Tidak bernasib baik untuk ke pusingan kalah mati.Manakala pasukan lelaki layak ke peringkat suku akhir dengan kekalahan tipis iaitu 1-2 kepada pasukan SK  Pulau Manis.

Saya selaku pengurus bola baling SK Bukit Tumbuh ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak terutamanya pemain-pemain,AJK bola baling,Guru Besar,barisan Penolong kanan,guru-guru dan ibu bapa.Tak lupa juga kepada penjaga kepada pemain yang sudi membenarkan anaknya mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.

MOTO: MULAKAN KEJAYAAN ITU DENGAN USAHA DAN TAWAKAL
sekian terima kasih.

1 comment: