Sunday, October 2, 2011

Penerbangan Pertama Jemaah Haji 30.9.2011



P/S:Warga SKBtum mendoakan En Mahamad Nazuri B Hussin dan Pn Wan Mardhiah Bt W. Muhamad selamat menjalani ibadat Haji semoga mendapat haji Mabrur.

Kumpulan pertama berlepas ke Mekah

KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Sebanyak tujuh penerbangan membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah mula beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, ia melibatkan seramai 3,129 jemaah haji dari zon timur merangkumi tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Katanya, penerbangan kedua dari LTSM ialah pada 1 Oktober dan diikuti pada 5 dan 6 Oktober serta 16, 17 dan 18 Oktober.

"Setiap penerbangan yang membawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis meraikan keberangkatan 447 jemaah haji pertama dari Kuala Terengganu ke Arab Saudi di LTSM, hari ini.

sumber: Utusan Online.

No comments:

Post a Comment