Monday, March 28, 2011

PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) 2011

Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Terengganu 2011

Tarikh:23 Mac 2011 hingga 26 Mac 2011
Tempat:Pusat K0kurikulum Setiu
D/A SK Merbau Menyusut
Setiu. Terengganu.
Bil Peserta:60 Orang.

Peserta SK Bukit Tumbuh
1-Muhamad Abdullah B Hadi
2-Nurul Syahfina Bt Mohd Azmi

PELAKSANAAN MODUL TENAGA DIPERBAHARUI(TD) DAN KECEKAPAN TENAGA(KT)

Pusat Pendidikan,Latihan dan penyelidikan Tenaga diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CENTREE) dengan kerjasama KPM telah menghasilkan modul kokurikulum sebagai panduan aplikasi tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga semasa menjalankan aktiviti kelab dan persatuan di peringkat sekolah rendah.

Modul-modul telah diedarkan ke 3000 sekolah rendah terpilih di seluruh negara.Terdapat 3000 guru sekolah telah dilatih oleh CENTREE melalui 28 bengkel.Setiap sekolah dibekalkan dengan 2 set modul iaitu Set modul aktiviti dan 17 set modul Panduan guru.Modul-modul ini merangkumi 9 subjek yang dicadangkan digunakan untuk aktiviti kelad dan persatuan

Sumber:
Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia..

Sunday, March 27, 2011

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH KUALA TERENGGANU 2011


TARIKH : 31 MAC 2011
HARI : KHAMIS

MASA : 8.00 PAGI (PENDAFTARAN)

TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU TOK JIRING, KUALA TERENGGANU


Calon tokoh NILAM dari SK Bukit Tumbuh ialah

1-NUR IZZAH SYAZWANI BT ABD HALIM ( AK28736)

Mesyuarat Agung PIBG ke 10 SK Bukit Tumbuh

x
Tahniah kepada semua warga SK Bukit Tumbuh dan ibu bapa yang telah menjayakan mensyuarat Agung PIBG Ke-10 sepertimana Berikut:

Tarikh :26 Mac 20011
Hari : Sabtu
Masa :10.00 pagi
Tempat :SK Bukit Tumbuh
Perasmian oleh: YB Dato' Hj Mohd Nasir B Tan Sri Ibrahim Fikri
(Ahli Parlimen Kuala Nerus)

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.

Pertandingan Permainan Bola Jaring MSSD KTU

Pasukan Bola Jaring SK Bukit Tumbuh telah menyertai pertandingan tersebut pada 27 Mac 2011 ( Ahad) di SMK Kompleks Gong Badak.

Semoga berjaya

Pertandingan Olahraga MSSD KTU

Tahniah kepada Atlit SK Bukit Tumbuh yang berjaya mendapat pingat dalam kejohanan tersebut.Antaranya ialah:

PINGAT PERAK

100 METER

1-Muhammad Khawarizmi b Ramlan Ros
4 X 100 METER
1-Muhammad Khawarizmi b Ramlan Ros
2-Muhammad adiel b Zainal
3-Muhammad Haziq Amin B Muhd Rahimi
4-Muhammad Ikhwan Syafiq B Abd Rozik

PINGAT GANGSA

LOMPAT TINGGI

1-Allya Syamimi Bt Yusof
200 METER
1-Muhammad Khawarizmi B Ramlan Ros

p/s Kepada yang tidak mendapat pingat.Jangan mudah putus asa.Sebenarnya anda telah berjaya mewakili sekolah ke peringkat MSSD KTU.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, March 24, 2011

Kerajaan Terengganu isytihar berkabung 40 hari

KUALA TERENGGANU: Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri/persekutuan dan badan-badan berkanun di Terengganu diminta mengikuti peraturan perkabungan sebagai tanda berdukacita atas kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong Tengku Ampuan Bariah Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata dalam tempoh perkabungan 40 hari bermula 21 Mac hingga 29 April itu, pegawai dan kakitangan lelaki Melayu diminta memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci bagi menghormati perkabungan itu.

"Manakala peraturan pemakaian bagi kakitangan wanita Melayu pula berselindang atau berkain tudung berwarna putih," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Datuk Wan Ahamad Wan Muda.
Ahmad berkata bagi pegawai dan kakitangan bangsa lain, mereka dikehendaki bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam bagi wanita.

Katanya polis dan tentera pula dikehendaki menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan pakaian jabatan masing-masing.

"Kita juga harap orang ramai di Terengganu turut sama berkabung dengan memakai songkok berlilit kain putih bagi lelaki Melayu dan lilitan lengan hitam bagi bukan Melayu," katanya.

Ahmad berkata segala perhimpunan ramai dan majlis-majlis atau acara-acara anjuran kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan adalah dilarang diadakan di seluruh negeri Terengganu dalam tempoh itu.
Bagaimanapun, katanya majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah adalah dibenarkan.

Katanya bendera juga hendaklah dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan atau separuh kerajaan, bangunan perniagaan dan kediaman di negeri itu.
Semua masjid dan surau di Terengganu juga diarahkan mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari, katanya. - BERNAMA