Thursday, November 21, 2013

permohonan Tingkatan 1 SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin 2014



Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan, Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu akan membuat tawaran Kemasukan bagi Pelajar Tingkatan Satu (1) Lepasan UPSR bagi sesi persekolahan 2013 akan dibuka pada 14 November 2013. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau yang telah bermastautin di Terengganu.
 
Kemasukan ke SMA Negeri (Berasrama Penuh)
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau telah bermastautin di Terengganu yang mendapat 5A Sahaja dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 untuk Kemasukan ke SMA Negeri Berasrama Penuh (Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu).
Pemohon hendaklah mengisi secara online di sini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 November 2013.

Kemasukan ke SMA Negeri (Bukan Berasrama Penuh)
Mana-mana pelajar yang memohon masuk ke mana-mana Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu hendaklah mengisi borang MAIDAM.JDP.SMA.2014 (Lampiran B). Borang yang telah diisi hendaklah dihantar MELALUI Guru Besar Sekolah asal pemohon kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama yang telah ditetapkan, supaya tiba tidak lewat daripada 2 minggu selepas keputusan UPSR 2013. diumumkan.
Borang Permohonan bagi Bukan Berasrama Penuh boleh didapati daripada Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Sekolah Menengah Agama berhampiran, Pejabat Agama Daerah dan Sekolah-sekolah Kebangsaan atau mencetaknya di laman web http://smaonline.terengganu.gov.my atau di laman web maidam

No comments:

Post a Comment