BELANJAWAN 2013 AKAN DIBENTANGKAN DI PARLIMEN 28 SEPTEMBER 2012 , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Belanjawan 2013 akan terus memberi tumpuan kepada pertumbuhan berkualiti dan seimbang serta kebajikan rakyat.kerajaan sentiasa mendengar pandangan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembabitan rakyat secara menyeluruh dalam merangka belanjawan berkenaan.Kerajaan juga sentiasa bersikap terbuka untuk berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, NGO dan industri bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program dilakukan secara berkesan dan bersifat inklusif.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Belanjawan 2013 : “Adalah penting untuk kita bersama-sama memberi pandangan dan mencadangkan langkah spesifik bagi mengatasi cabaran dan isu semasa, khususnya yang membabitkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.Sesi perundingan belanjawan itu bertemakan ‘Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.Dalam perundingan belanjawan itu, kerajaan menerima 84 memorandum daripada pelbagai pihak dan memberi jaminan akan mempertimbangkannya sebagai input dalam Belanjawan 2013.Sesi perundingan itu adalah proses berterusan yang akan turut membabitkan isu penting yang bakal dilaksanakan menerusi perbincangan kumpulan fokus yang lebih kecil kemudian.Malaysia kini dalam tahun ketiga perjalanan transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Kita sudah mencapai banyak perkara dalam tempoh pendek itu, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.Justeru, setiap belanjawan perlu menyumbang dan membawa kita lebih dekat ke arah mencapai Wawasan 2020.Kerajaan perlu menyediakan peluang yang saksama untuk pendidikan dan sektor lain selain memastikan kualiti hidup rakyat yang lebih tinggi.Usaha transformasi juga menunjukkan perkembangan positif yang mana pada tahun lalu, ekonomi berkembang 5.1 peratus disokong oleh permintaan domestik yang menyaksikan pelaburan swasta meningkat daripada RM95.9 bilion pada 2010 kepada RM111.8 bilion tahun lalu.
No comments:
Post a Comment