KUALA TERENGGANU, 8 Mei (Bernama) -- Muzium Negeri Terengganu akan
mengadakan "Pameran Kehebatan Terengganu," pada 9 Mei hingga 30 Jun.
Penolong Kurator Perhubungan dan Pemasaran LMNT Mohd Saberi Muda
berkata pameran itu memberi fokus kepada kehebatan setiap bidang yang
menjadikan Terengganu terkenal di Malaysia seperti bidang agama, seni,
pelancongan, pendidikan dan sukan.
Pameran anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri
Terengganu (LMNT) itu, katanya wajar dimanfaatkan semua golongan
khususnya para pelajar kerana ia mampu memberi dorongan supaya terus
berjaya.
"Kehebatan yang dicipta di negeri ini masih berterusan dan masih mampu
mengekalkan kehebatan sehingga kini dan yang lebih membanggakan
Terengganu pernah menjadi ikon kepada negeri-negeri lain dalam usaha
memajukan negeri masing-masing," katanya di sini Selasa.
Mohd Saberi berkata kira-kira 20,000 dijangka mengunjungi pameran itu.
Sepanjang tahun lalu, LMNT mencatatkan kedatangan 169,370 pengunjung.
-- sumber : BERNAMA
No comments:
Post a Comment