Monday, November 7, 2011

SELAMAT HARI RAYA QURBAN 2011


Dalam kitab feqah dinyatakan bahawa hari raya puasa, hari raya haji (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zuhijjah).adalah antara hari-hari yang diharamkan berpuasa .
Ini adalah berdasarkan kepada hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah “adalah diharamkan berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah)”.


Manakala daripada Nubaisyah Al-Hadzali berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari makan dan minum (bukan hari berpuasa)." (Hadits riwayat Muslim)

Adapun hari - hari yang disunatkan berpuasa adalah seperti berikut:-
i. Puasa enam hari dalam bulan Syawal.
ii. Puasa hari isnin dan Khamis.
iii. Puasa hari Tasu'a iaitu hari ke 9 Muharram setiap tahun.
iv. Puasa hari 'Asyura iaitu hari ke 10 Muharram setiap tahun.
v. Puasa hari 'Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah setiap tahun bagi mereka yang tidak mengerjakan haji.


Perbanyakkan Takbir pada hari raya aidil Adha dan hari Tasyrik

Tidak seperti hari raya puasa ( Aidil Fitri ) masa takbir pada hari raya Qurban / raya haji adalah lebih panjang sedikit iaitu selama empat hari.Bermula masuknya hari 10 Zulhijjah ( waktu maghrib perkiraan hari baru ) hinggalah solat asar 13 Zulhijjah, kita dibolehkan bertakbir..

Ini bermakna selepas solat asar 13 Zulhijjah kita tidak dibenarkan bertakbir lagi. Adapun masa takbir hariraya puasa pula ialah sebelum didirikan solat hari raya 1 Syawal.

No comments:

Post a Comment