Wednesday, April 6, 2011

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2008 - SEGAK





Rakan-rakan guru PJPK SK BUKIT TUMBUH.

SEGAK adalah satu set ujian Standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.Komponen yang diukur ialah
1-Pengiraan Indeks Jisim
2-Ujian naik turun Bangku selama 3 minit
3-Ujian Tekan Tubi
4-Ujian Ringkuk Tubi Separa
5-Ujian Jangkauan Melunjur.

Ujian ini hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun iaitu bulan Mac dan Bulan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 sahaja.
Semua data mestilah diisi menggunakan Borang BSSR ( Sekolah Rendah) dan Borang BSSM (Sekolah Menengah)

Salam hormat.

Setiausaha
PJPK 2011

No comments:

Post a Comment