Sunday, May 19, 2013

PENETAPAN TARIKH LANTIKAN PPPLD KE PPPS DG41 PADA 2 JANUARI 2013

baru KENYATAAN SPP MENGENAI PENETAPAN TARIKH LANTIKAN PPPLD KE JAWATAN PPPS GRED DG41
Pihak Suruhanjaya mengambil maklum mengenai ketidakpuasan hati Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang menerima tarikh lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 pada 2 Januari 2013.
Untuk makluman, tarikh pelantikan PPPLD ke jawatan PPPS Gred DG41 pada 2 Januari 2013 tersebut adalah berasaskan kepada kelulusan Perbendaharaan Malaysia terhadap permohonan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menaik taraf sebanyak 7,819 jawatan PPPLD melalui Waran Perjawatan Bil.S41 Tahun 2013. Di samping itu, pihak Perbendaharan Malaysia juga mewujudkan sebanyak 1,467 jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) PPPS Gred DG41 untuk Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan berkaitan melalui Waran Perjawatan Bil.S40 Tahun 2013. Kedua-dua Waran Perjawatan tersebut diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013. Suruhanjaya ini menetapkan tarikh lantikan bagi kesemua 9,286 penyandang jawatan PPPLD berkenaan berkuatkuasa 2 Januari 2013 bagi maksud keseragaman kerana terdapat negeri-negeri yang bercuti umum pada 1 Januari 2013.
Muat naik pada 17 Mei 2013.
http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=123%3Apengesahan-pelantikan-dan-kaedah-penetapan-tarikh-lantikan&catid=50&Itemid=1

PERTANDINGAN MASAKAN ANJURAN BADAN BERUNIFORM SKBTUM 21.5.2013


1.Pertandingan masakan akan diadakan seperti mana berikut:

                 TARIKH      : 21 MEI 2013
                   HARI          : SELASA
                   TEMPAT    : PADANG PRA SEKOLAH
                   MASA        : 2.00 PETANG HINGGA 4.00 PETANG
                  PESERTA    : 5 HINGGA 9 ORANG SETIAP KUMPULAN.

2.Syarat dan peraturan adalah seperti berikut:
a-Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 5 hingga 9 peserta sahaja.
b-Masakan adalah berasaskan gandum.
c-Gandum dan minyak masak disediakan oleh guru mengikut badan beruniform.
d-Masa yang diperuntukan ialah 1 jam setengah sahaja (2.00 petang hingga 3.30 petang)
e-Semua hidangan akan dipamerkan di laman NILAM.Hanya 3 kumpulan terbaik mengikut kumpulan badan beruniform sahaja dipamerkan.
f-Seramai 3 orang hakim akan membuat penilaian.

** Semua guru terlibat.Keselamatan murid sepanjang pertandingan ini adalah keselamatan bersama.
Sekian.Terima kasih.

Tuesday, May 14, 2013

TEMA HARI GURU 2013


PROGRAM KECEMERLANGAN 1MALAYSIA NEGERI TERENGGANU 15.5.2013

PROGRAM KECEMERLANGAN 1MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
AKAN DIADAKAN SEPERTIMANA BERIKUT:

TARIKH:15 MEI HINGGA 17 MEI 2013
HARI:RABU
TEMPAT:PUSAT KOKURIKULUM DAERAH SETIU D/A SK MERBAU MENYUSUT.
CATATAN:2 ORANG SETIAP SEKOLAH.
JUMLAH PESERTA:150 ORG

PROGRAM BERSAMA MAJALAH KUNTUM 2013

PROGRAM PSS BERSAMA EDITOR  MAJALAH KUNTUM AKAN DIADAKAN SEPERTIMANA BERIKUT:

HARI:RABU
TARIKH:15.5.2013
TEMPAT:DEWAN SKBTUM
MASA:7.30 PAGI HINGGA 8.30 PAGI.
MURID TAHAP 1 DAN 2`

P/S:tempahan majalah kuntum selama setahun(12 keluaran) disediakan.RM30.00 sahaja.
******dapat T-shirt percuma