Sunday, May 19, 2013

PENETAPAN TARIKH LANTIKAN PPPLD KE PPPS DG41 PADA 2 JANUARI 2013

baru KENYATAAN SPP MENGENAI PENETAPAN TARIKH LANTIKAN PPPLD KE JAWATAN PPPS GRED DG41
Pihak Suruhanjaya mengambil maklum mengenai ketidakpuasan hati Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang menerima tarikh lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 pada 2 Januari 2013.
Untuk makluman, tarikh pelantikan PPPLD ke jawatan PPPS Gred DG41 pada 2 Januari 2013 tersebut adalah berasaskan kepada kelulusan Perbendaharaan Malaysia terhadap permohonan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menaik taraf sebanyak 7,819 jawatan PPPLD melalui Waran Perjawatan Bil.S41 Tahun 2013. Di samping itu, pihak Perbendaharan Malaysia juga mewujudkan sebanyak 1,467 jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) PPPS Gred DG41 untuk Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan berkaitan melalui Waran Perjawatan Bil.S40 Tahun 2013. Kedua-dua Waran Perjawatan tersebut diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013. Suruhanjaya ini menetapkan tarikh lantikan bagi kesemua 9,286 penyandang jawatan PPPLD berkenaan berkuatkuasa 2 Januari 2013 bagi maksud keseragaman kerana terdapat negeri-negeri yang bercuti umum pada 1 Januari 2013.
Muat naik pada 17 Mei 2013.
http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=123%3Apengesahan-pelantikan-dan-kaedah-penetapan-tarikh-lantikan&catid=50&Itemid=1

No comments:

Post a Comment