Thursday, November 14, 2013

Permohonan masuk tingkatan 1 di SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2014

Murid Tahun 6 yang menduduki UPSR 2013 dan mendapat keputusan 5A serta berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu pada tahun 2014 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online melalui laman web www.ytrg.terengganu.gov.my atau www.myimtiaz.com.my yang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR 2013 diumumkan dan tarikh tutup permohonan adalah 10 hari selepas keputusan UPSR 2013.

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
1.       Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Besut
          d/a: Asrama Yayasan Terengganu Besut, Pelagat, 22000 Besut.
          (T) 09-6903510/09-6903892        (F) 09-6903584

2.       Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Dungun
          Jalan Sura Jeti, 23000 Dungun.
          (T) 09-8483421                          (F) 09-8482514
3.       Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
          Jalan Paya Besar, 21700 Kuala Berang.
          (T) 09-6812332                          (F) 09-6814373
4.       Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – K. Terengganu
          Serada, 20050 Kuala Terengganu.
          (T) 09-6195111                          (F) 09-6195112
5.       Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
          Jalan Sultan Sulaiman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, 23400 Dungun.
          (T) 09-8221133                          (F) 09-8221099

Syarat-syarat kemasukan:-

1.    Mendapat 5A dalam UPSR 2013.
2.    Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
-    ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
-  ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3.    Keutamaan diberi kepada ibu atau/dan bapa yang merupakan pengundi berdaftar di Terengganu.
4.    Pemohon bukan anak Terengganu boleh juga memohon (kuota 5% untuk pelajar bukan anak Terengganu).
5.    Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, jawi, ujian objektif Pengetahuan Am, Bahasa Inggeris dan IQ.
6.    Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
7.    Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
8.    Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment