Tuesday, September 20, 2011

Ketua Jabatan Jurupulih Carakerja


Pemulihan Carakerja (Terapi Carakerja) atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah satu profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghak upayaan individu dalam merawat kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna.
Rawatan adalah berbentuk modaliti adjunktif, aktiviti terapeutik, sensori integrasi dan rundingcara pemantauan dan pencegahan.
Tiga aspek yang mengimbangi kehidupan manusia menjadi teras terapi carakerja untuk dicapai oleh pesakit:-
• Berdikari dalam aktiviti kehidupan harian (ADL)
• Menyumbang kepada produktiviti (Work)dan
• Melaksanakan dan mempelbagai aktiviti riadah (Leisure).
DESKRIPSI TUGAS
Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) dan Jurupulih Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapist (OT) mempunyai peranan berikut:
Menjalankan penilaian piawai untuk mengenal pasti bidang prestasi carakerja pesakit dari tiga aspek ADL, Work dan Leisure.
Menjalankan penilain terhadap komponen prestasi carakerja yang terlibat untuk melaksanakan ADL, Work dan Leisure.
Menjalankan penilaian persekitaran (rumah, tempat kerja, sekolah dan persekitaran awam) untuk membolehkan pesakit berdikari dengan kecacatan (handicap) yang ada.
Mengimplementasikan terapi mengikut tahap keperluan pesakit menurut empat piawai.
Cara adjunktif, Aktiviti terapeutik yang menggalakan penyembuhan (enabling).
Aktiviti kefungsian yang bermakna untuk disembuhkan (purposeful), dan Perlaksanaan carakerja berkaitan dengan peranan.
Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara atau kekal berdasarkan penilaian ke atas bidang dan komponen prestasi carakerja pesakit.
Perkhidmatan rundingcara promotif, curative dan rehabilitatif dari aspek terapi carakerja.
Melaksanakan dokumentasi mengikut piawai yang ditentukan.

No comments:

Post a Comment