Rabu-19 Ogos 2015,Penyelaras UPSR Cikgu Ahmad Faizal B Mat Rani sedang menyampaikan taklimat peraturan menduduki Peperiksaan UPSR yang akan dijalankan pada 8 hingga 10 September 2015 nanti.Pengedaran jadual waktu UPSR telah dilaksanakan dengan jayanya.Guru PKP,Tn Hj Mohd Zahari Bin Muda turut menyampaikan amanat penting sebagai peringatan pelajar bagi menduduki peperiksaan tersebut. SELAMAT MAJU JAYA
Pusat Sumber Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 2001 ke arah membina kecemerlangan pelajar
Sunday, August 23, 2015
Kem Elit Kecemerlangan UPSR di Dara Inn ,Pantai Teluk Ketapang,Seberang Takir,Kuala Terengganu
Program ini dijalankan pada 6 hingga 8 Ogos 2015.Pendaftaran pada jam 2.00 petang Khamis.Terima kasih kepada Pn Salwa,En Saiful Bahari,Cikgu Azlina,Cikgu Dahlia,Cikgu Yuswati,Cikgu Muslimah dan semua AJK dan guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.Semoga usaha murni dan curahan tenaga dan masa dikurniakan ganjaran pahala daripada Allah yang Maha Esa.
Penyampaian Hadiah 4A 1B Percubaan UPSR 2015
Pada Ahad, 23 Ogos 2015-Majlis penyampaian hadiah kepada semua calon UPSR 2015 yang telah berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan Percubaan BK11 telah disempurnakan oleh Pn Guru Besar SK Bukit Tumbuh, Pn Hajah Mahani Bt Jaafar di Dataran Perhimpunan.Peperiksaan BK11 merupakan peperiksaan percubaan telah diadakan pada 28 hingga 30 Julai 2015 yang lalu.Seramai 7 orang telah berjaya mendapat 4A 1B daripada 87 calon UPSR secara keseluruhannya. Tahniah kepada semua calon UPSR 2015 dan teruskan usaha sehingga berjaya dengan cemerlang.
Penyampaian Hadiah 5A Percubaan UPSR 2015
Pada Ahad, 23 Ogos 2015-Majlis penyampaian hadiah kepada semua calon UPSR 2015 yang telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaanPercubaan BK11 telah disempurnakan oleh Pn Guru Besar SK Bukit Tumbuh, Pn Hajah Mahani Bt Jaafar di Dataran Perhimpunan.Peperiksaan BK11 merupakan peperiksaan percubaan telah diadakan pada 28 hingga 30 Julai 2015 yang lalu.Seramai 9 orang telah berjaya mendapat 5A daripada 87 calon UPSR secara keseluruhannya. Tahniah kepada semua calon UPSR 2015 dan teruskan usaha sehingga berjaya dengan cemerlang.
Friday, August 14, 2015
Thursday, May 7, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)























