Tuesday, June 24, 2014

Program Seronoknya Membaca dan Mekar Puisi 16.6.2014

Pada 16 Jun 2014,Seramai 5 orang murid tahap 2 dari SK Bukit Tumbuh telah menyertai Program Seronoknya membaca dan Mekar Puisi yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tarikh: 16.6.2014
Hari: Isnin
Tempat:Perpustakaan Awam Negeri Terengganu(PPAT)
Masa: 8.30 Pagi hingga 1.00 Petang
Catatan: Murid Tahap 1




Sunday, June 22, 2014

PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM FASA I PADA 22.6.2014






Pada hari Ahad bertarikh 22.6.2014.Majlis anugerah nilam telah diadakan di tapak perhimpunan SK Bukit Tumbuh.Seramai 26 orang murid menerima pingat gangsa ,16 orang murid menerima pingat perak. 8 orang murid pingat emas dan 9 orang murid penerima pingat NILAM.Setiap murid menerima sijil,medal dan cenderahati.majlis tersebut disempernakan oleh Tuan Hj Zahari B Muda GPK 1.Terima kasih kepada Pn Che Maznah selaku penyelaras Nilam,
,AJK Nilam dan semua warga SKBTUM kerana menjayakan majlis penyampaian anugerah Nilam fasa 1 2014.

Monday, March 17, 2014

FORMAT PENULISAN SEJARAH SK BUKIT TUMBUH 2014




FORMAT PENULISAN SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUMBUH

1-      NAMA SEKOLAH(ASAL-USUL)
2-      LOKASI SEKOLAH
3-      TARIKH DIBUKA DAN PERASMIAN
4-      SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SEKOLAH HINGGA KINI
5-      GAMBAR-GAMBAR BERSEJARAH TERMASUK GAMBAR SEKOLAH ASAL
6-      KELUASAN KAWASAN SEKOLAH
7-      MOTO SEKOLAH
8-      BENDERA SEKOLAH DAN HURAIANNYA
9-      LENCANA DAN HURAIANNYA
1-   LAGU SEKOLAH(JIKA ADA),NAMA PENCIPTA DAN PENULIS LIRIK
1-   PERKARA-PERKARA LAIN YANG BERKAITAN

Wednesday, February 12, 2014

Watikah pelantikan Pengawas PSS dan Pelancaran program Nilam SK Bukit Tumbuh 9.2.2014




 Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.
TARIKH:9.2.2014
HARI:AHAD
MASA:8.00 PAGI



Monday, February 3, 2014

IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014




SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUMBUH
21200 KUALA TERENGGANU,TERENGGANU

IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

KAMI
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
BERIKRAR DAN BERJANJI
BAHAWA KAMI AKAN
MEMATUHI DAN SENTIASA TAAT
KEPADA  PERATURAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUMBUH
KAMI BERJANJI
AKAN MELAKSANAKAN TUGAS
DENGAN PENUH KEJUJURAN
DAN BERTANGGUNGJAWAB

KAMI BERJANJI AKAN
MENJAGA TINGKAHLAKU
DAN NAMA BAIK SEKOLAH
BAGI MENINGKATKAN
MUTU PENDIDIKAN NEGARA

Monday, December 16, 2013

SEMAKAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 DI SMKA TOK JIRING PADA 16.12.2013


SILA KE LAMAN WEB JABATAN PENDIDIKAN TERENGGANU
www.jpn.moe.gov.my/jpnterengganu/

Thursday, November 21, 2013

permohonan Tingkatan 1 SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin 2014



Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan, Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu akan membuat tawaran Kemasukan bagi Pelajar Tingkatan Satu (1) Lepasan UPSR bagi sesi persekolahan 2013 akan dibuka pada 14 November 2013. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau yang telah bermastautin di Terengganu.
 
Kemasukan ke SMA Negeri (Berasrama Penuh)
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau telah bermastautin di Terengganu yang mendapat 5A Sahaja dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 untuk Kemasukan ke SMA Negeri Berasrama Penuh (Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu).
Pemohon hendaklah mengisi secara online di sini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 November 2013.

Kemasukan ke SMA Negeri (Bukan Berasrama Penuh)
Mana-mana pelajar yang memohon masuk ke mana-mana Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu hendaklah mengisi borang MAIDAM.JDP.SMA.2014 (Lampiran B). Borang yang telah diisi hendaklah dihantar MELALUI Guru Besar Sekolah asal pemohon kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama yang telah ditetapkan, supaya tiba tidak lewat daripada 2 minggu selepas keputusan UPSR 2013. diumumkan.
Borang Permohonan bagi Bukan Berasrama Penuh boleh didapati daripada Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Sekolah Menengah Agama berhampiran, Pejabat Agama Daerah dan Sekolah-sekolah Kebangsaan atau mencetaknya di laman web http://smaonline.terengganu.gov.my atau di laman web maidam