Tuesday, October 22, 2013

SELAMAT BERSARA TN HJ ABDULLAH GB SK DURIAN MAS MANIR 23.10.2013



GURUKU
Katamu…ibarat mutiara
bertaburan Menyelinap ke setiap jiwa
Walau tidak bermadah,tiada berpujangga
Tuturmu amat bermakna
Menikam sukma setiap jiwa
Tanpa jemu ,tiada jerih
Menabur bakti mencurah ilmu
Disegenap pelusuk negara
Setiap masa
Katamu Penuh semangat,terpampang wibawa,
berhujah bersulam hikmat
Tiada terkira berapa …Anak didikmu di sana

Guruku
Kau insan berjasa ..Insan berharga…Tiada ternilai
Walau dibayar dengan masa
Kami berbangga menjadi anak didikmu

Guruku
Walau kini engkau ..Sudah bersara
Kami pasti rindukan Katamu..tuturmu…Bimbinganmu…
Nasihatmu…
Walau dihambat waktu,kami tidak pernah jemu

Guruku,
Kami sanjung budimu,kenang jasamu,tauladani pekertimu..
Kami akur apa saja kebenaran darimu..

Guruku
Moga Tuhan menbasahi keringatmu
Dengan wangian syurga

Guruku
Andai waktu mengimbau rindu bertamu
Jemputlah mengintai kami semaumu…
Andai antara kami ada yang pergi
Panjatkan ukhuwah doa berkasih kehadrat Ilahi

Guruku,
Usah ditangisi perpisahan ini
Kenangi kala ceria kami,
Usah dibawa kenakalan dan kedegilan kami
Ampuni segenap dosa kami
Halalkansegala ilmu kami
Pesananmu kami bawa keliang abadi
Insyaallah taqwa kami menjadi saksi
Jasamu tetap bersemi di hati

Guruku
Kami berdoa agar guru dikasihi,dirahmati,diampuni ilahi
Dari dunia sampai akhirat…    SEKIAN TERIMA KASIH CIKGU ....NUKILAN RO

Monday, September 9, 2013

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 10-12 SEPTEMBER 2013(SELASA-KHAMIS)

Kami warga guru dan staff SK Bukit Tumbuh ingin mengucapkan
SELAMAT MENDUDUKI PEPRIKSAAN UPSR 2013 .
Semoga mendapat keputusan cemerlang.

Sunday, September 1, 2013

Permohonan Secara Online kemasukan Tingkatan 1 dan tingkatan empat sekolah berasrama penuh 2014

Menerusi informasi terkini di laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan secara online (atas talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, KPM bagi Sesi 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Monday, August 26, 2013

TEMA HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2013 KE 56

maksud logo merdeka 2013 tema hari kemerdekaan 2013 ke 56 logo dan maksud




Tema, maksud dan logo Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2013
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku adalah tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 yang akan disambut pada 31 Ogos tahun ini
Rasional Logo atau maksud

Sunday, August 18, 2013

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2014

http://public.moe.gov.my

PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 TAHUN 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU TAHUN 2014 1) Guru kelas cetak borang permohonan dari SISTEM APDM 2) Borang manual diserahkan kepada murid mulai 15 hingga 31 julai 3) Setiap sebab pilihan sekolah mesti ada surat pengesahan 4) Sekolah pilihan adalah sekolah dalam daerah sekolah rendah yg sedang belajar sahaja 5) Key in permohonan pada 1 ogos hingga 14 sept 6) Admin sekolah kena buat pengesahan sebelum 14 sept 7) Proses kelulusan 21 spt hingga 31 oktober 8)Surat kelulusan boleh cetak mulai november melalui log in guru kelas 9) Borang dan sebarang urusan berkenaan rayuan boleh dibuat di sekolah menengah yang ditempatkan 10) Murid yg melapor diri dianggap menerima sekolah yg ditempatkan 11) Keputusan rayuan dikeluarkan oleh smk asal mulai 9 disember 12) Proses rayuan 2 hingga 7 dis 13) Orientasi di smk 26 hingga 31 dis 14) Murid bukan warganegara tidak boleh isi online . ibu bapa bukan warganegara perlu ke ppd untuk mendaftar anak ke tingkatan 1 2014 PERMOHONAN SBP KAA KRK ibu bapa http://public.moe.gov.my Dibuka 1sept hingga 15 oktober Ibu bapa perlu cetak permohonan dan dokumen sokongan Gurun kelas perlu semak dan isi maklumat akademik Jangan proses permohonan yang tiada borang bercetak Guru kelas boleh buat permohonan jika ibu bapa tiada komputer atau tidak mahir Guru kelas hantar borang utk disemak dan disahkan oleh gb dan pk hem Tak perlu hantar ke sbp borang bercetak simpan di sekolah