Monday, August 26, 2013

TEMA HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2013 KE 56

maksud logo merdeka 2013 tema hari kemerdekaan 2013 ke 56 logo dan maksud




Tema, maksud dan logo Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2013
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku adalah tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 yang akan disambut pada 31 Ogos tahun ini
Rasional Logo atau maksud

Sunday, August 18, 2013

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2014

http://public.moe.gov.my

PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 TAHUN 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU TAHUN 2014 1) Guru kelas cetak borang permohonan dari SISTEM APDM 2) Borang manual diserahkan kepada murid mulai 15 hingga 31 julai 3) Setiap sebab pilihan sekolah mesti ada surat pengesahan 4) Sekolah pilihan adalah sekolah dalam daerah sekolah rendah yg sedang belajar sahaja 5) Key in permohonan pada 1 ogos hingga 14 sept 6) Admin sekolah kena buat pengesahan sebelum 14 sept 7) Proses kelulusan 21 spt hingga 31 oktober 8)Surat kelulusan boleh cetak mulai november melalui log in guru kelas 9) Borang dan sebarang urusan berkenaan rayuan boleh dibuat di sekolah menengah yang ditempatkan 10) Murid yg melapor diri dianggap menerima sekolah yg ditempatkan 11) Keputusan rayuan dikeluarkan oleh smk asal mulai 9 disember 12) Proses rayuan 2 hingga 7 dis 13) Orientasi di smk 26 hingga 31 dis 14) Murid bukan warganegara tidak boleh isi online . ibu bapa bukan warganegara perlu ke ppd untuk mendaftar anak ke tingkatan 1 2014 PERMOHONAN SBP KAA KRK ibu bapa http://public.moe.gov.my Dibuka 1sept hingga 15 oktober Ibu bapa perlu cetak permohonan dan dokumen sokongan Gurun kelas perlu semak dan isi maklumat akademik Jangan proses permohonan yang tiada borang bercetak Guru kelas boleh buat permohonan jika ibu bapa tiada komputer atau tidak mahir Guru kelas hantar borang utk disemak dan disahkan oleh gb dan pk hem Tak perlu hantar ke sbp borang bercetak simpan di sekolah

Friday, July 26, 2013

Suara merdu adik Mohamad B Zakaria,13 tahun Jertih.Besut

Adik ohammad bin zakaria dari Jerteh, Besut Lihat Link:www.youtube.com/watch?v=iw_BLDMZGtE Nama adik ni Mohamad bin Zakaria dari Jerteh, Besut, Terengganu khabarnya. Baru berumur 13 tahun, tapi bile tengok muka dan dengar suaranya macam Amirul Munir Juara Adik-Adikku Musim Kedua kan ? http://www.youtube.com/watch?v=EfbkvoEZj7E

Wednesday, July 24, 2013

BONUS KAKITANGAN AWAM RM500 &RM250 TAHUN 2013

Bonus Raya 2013 : Saguhati RM500 & RM250 Untuk Kakitangan Awam? Bonus Raya 2013 : Saguhati RM500 & RM250 Untuk Kakitangan Awam? | Nampaknya pihak Cuepacs macam biasa,akan terus menerus berusaha dan membela nasib lebih kurang 1.4 juta kakitangan awam mendapat pembelaan yang selayaknya.Dan begitu juga halnya dengan bonus untuk kakitangan awam bagi raya 2013 sebanyak setengah bulan gaji akan ditunaikan oleh pihak kerajaan Malaysia. Hari ini,sudah masuk hari yang ke-15 umat islam menunaikan ibadat puasa,dan sudah semestinya perancangan untuk menyambut kedatangan syawal yang mulia menyebabkan ramai kakitangan awam menantikan berita baik dari kerajaan agar memberikan bonus yang menjadi topik terhangat sehari dua ini.Sekurang-kurangnya dengan bantuan bonus ini dapatlah meringankan beban terutamanya kepada penjawat awam yang bergaji rendah serta mempunyai tanggungjawab atau anak yang ramai. Berdasarkan maklumat yang perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja. Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF. Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013 Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya : Kakitangan Awam : RM500 Pesara Kerajaan : RM250 Pengumuman Bonus Raya 2013 Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013 Hari : Rabu Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) Bonus raya Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak. Kami juga dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat. P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.Apa respon anda?Bincangkan Baca juga (Klik untuk membacanya) Bonus Raya : Pemberian Bonus Raya Aidilfitri 2013 Untuk Kakitangan Awam Dalam Kajian Kerajaan Pemberian Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam Bonus Raya Aidilfitri 2013 Satu Keperluan – Ceupacs