Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Malaysia Bubar pada 3.4.2013 untuk pilihan raya ke-13

 
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

Sunday, March 24, 2013

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF(SST)


PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).
Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri ialah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.

30 April 2013 Tarikh akhir Penghantaran Borang cukai LHDN

TARIKH AKHIR
Penghantaran Borang dan Bayaran Baki Cukai
e-BE
30 April 2013
e-BT
e-M
e-MT
(Tiada punca perniagaan)

e-B/e-BT
30 Jun  2013
e-P
e-M/e-MT
(Ada punca perniagaan)https://e.hasil.gov.my/

Monday, March 18, 2013

Acara 4 X 100M dan 4 X 200M dlm kejohanan balapan dan padang KTU 18.3.2013

Tahniah dapat no 2 dlm acara 100M L12

Membawa harapan dlm acara 4 X 100m dan 4 X 200m

Boleh tahan juga panas hari ini......Allhamdulillah.

Pelari pertama...kali 1 dengar tembakan pistol...ayuh....

Sabar itu separuh dari iman......BTU dan SKK?????

Sunday, March 17, 2013

Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

PEMAKLUMAN

Perkara penting berhubung saraan yang diumumkan dalam MAPPA XIII pada 11 Mac 2013 iaitu:-
  1. Struktur gaji JGMM diperuntuk 3 KGT pada gaji maksimum - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 telah dimuat naik.
  2. Pemberian satu KGT kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2013 dan Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3 peratus bagi pegawai yang berada di gaji maksimum, jika tiada pelarasan atau semakan gaji dilakukan, akan dikeluarkan secara berperingkat dalam pekeliling berasingan.
Sekian, terima kasih.
Muat turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KTU KALI KE 44 2013

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala TerengganuUtara(KTU) kali ke 44 2013 diadakan seperti berikut;
Tarikh: 17 hingga 20 mac 2013
Hari:Ahad hingga Rabu.
Masa :8.00 pagi
Tempat:Trek latihan Gong badak.

Perasmian oleh:YB Dato Hj Ahmad Razif b Abd Rahman.
(Exco Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian Tinggi,Sains,Teknologi dan Sumber Manusia.

Penutup:Tuan Hj MatSor Bin Ismail
(PPD Kuala Terengganu)