Thursday, March 7, 2013

PENGUMUMAN PM YANG DINANTI NANTI OLEH SELURUH KAKITANGAN AWAM 11 MAC 2013

21 Februari 2013

MUHYIDDIN MINTA SEKTOR AWAM TUNGGU 'BERITA BAIK' PM

Sinar Harian
JAMILAH HAMZAH
21 Februari 2013

                                                                                                Tan Sri Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Pasukan Bola Sepak BWH 12 SK Bukit Tumbuh.

 Pasukan Bola Sepak SK Bukit Tumbuh dilatih
oleh Cikgu Abd Halim,Cikgu Nazuri dan Pekerja swasta.
Pertandingan bermula pada 3,5 dan 6 Mac 2013.
Pasukan Bola Sepak SK Seberang Takir.

Monday, March 4, 2013

INCOMETAX TAHUN TAKSIRAN 2012




TAHUN TAKSIRAN 2012
INDIVIDU PEMASTAUTININDIVIDU PEMASTAUTIN
  e-BE
 Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
  e-B / e-BT
 Ada Punca Pendapatan Perniagaan / Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran




https://spsd.hasil.gov.my/PKI/userlogin.html

Sunday, March 3, 2013

Saguhati Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah KTU pada 25.2.2013

Majlis penyampaian cenderahati kepada wakil tokoh nilam SK Bukit Tumbuh ke peringkat Daerah Kuala Terengganu Utara pada 25 Februari 2013.Penyampaian hadiah telah disempernakan oleh Pn Hjh Mahani Bt Jaafar ,Guru Besar SK Bukit Tumbuh pada  Ahad 3 Mac 2013.Majlis ini dipebgerusikan oleh Ustazah Pn Nor Hayati selaku Penyelaras Program NILAM .Tahniah kepada Naqib Naqiuddin B Zaidon ,Nor Syukrina  Bt Harom dan Wan Nur Alieya Bt Wan Ali.

 Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Program NILAM Peringkat sekolah.

Thursday, February 21, 2013

LAWATAN MURID KE KARNIVAL BUKU 2013


TARIKH:28 FEBRUARI 2013 HINGGA 9 MAC 2013
TEMPAT:GALERI A.TERENGGANU TRADE CENTER(TTC)
MASA ;10.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM
CATATAN:

Sunday, February 17, 2013

Bengkel Hakim Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kuala Terengganu

Mesyuarat adalah sepertimana berikut:

Hari: Ahad
Tarikh:17.2.2013
Tempat:PKG Tok Jiring
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang