Thursday, November 1, 2012

Kakitangan Awam 1.4 Juta Naik gaji sehingga 5% tahun 2013


KETUA Setiausaha Negara (KSN), Datuk Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyampaikan trofi bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh (kanan) yang mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pada majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, semalam - Foto BERNAMA 1.4 juta kakitangan awam dijangka terima kenaikan sehingga 5 peratus

Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gajinaiktahundepan/Article/artikel

Mesyuarat badan Disiplin SKBTUM 1.11.2012

Mesyuarat badan disiplin telah diadakan sepertimana berikut:
Tarikh:1.11.2012
Hari:Khamis
Tempat:Bilik Mesuarat SKBTUM

Monday, October 29, 2012

Program Cakna Waris 31.10.2012 SKBTUM

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PROGRAM CAKNA WARIS AKAN DIADAKAN SEPERTIMANA BERIKUT:
HARI:RABU
TARIKH:31.10.2012
MASA:11.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT:DI DALAM KELAS
CATATAN: SEMUA MURID TAHUN 1,2,3,4 DAN 5 SAHAJA.

Wednesday, October 17, 2012

TARIKH TUTUP PENGISIAN SPPBS PADA 20.11.2012


Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik) Tahun 1,Tahun 2 (Sekolah Rendah) dan prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 (Sekolah Menengah) bagi tahun 2012, perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.
Data SEGAK murid sekolah menengah bagi tahun 2012 mestilah direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.
Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tahun 6 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 3 bagi Sekolah Menengah.
Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan

KLIK LINK: http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=396:makluman-terkini-sistem-pengurusan-pentaksiran-berasaskan-sekolah-sppbs&catid=53:makluman

Thursday, October 11, 2012

KEM 1M1S1M SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU 2012

TARIKH:30 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2012
TEMPAT:KEM KOKURIKULUM DAERAH K TRG
SMK BUKIT GUNTONG,K TRG.