Sunday, September 9, 2012

Belanjawan 2013 pada Jumaat,28 September 2012


BELANJAWAN 2013 AKAN DIBENTANGKAN DI PARLIMEN 28 SEPTEMBER 2012 , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Belanjawan 2013 akan terus memberi tumpuan kepada pertumbuhan berkualiti dan seimbang serta kebajikan rakyat.kerajaan sentiasa mendengar pandangan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembabitan rakyat secara menyeluruh dalam merangka belanjawan berkenaan.Kerajaan juga sentiasa bersikap terbuka untuk berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, NGO dan industri bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program dilakukan secara berkesan dan bersifat inklusif.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Belanjawan 2013 : “Adalah penting untuk kita bersama-sama memberi pandangan dan mencadangkan langkah spesifik bagi mengatasi cabaran dan isu semasa, khususnya yang membabitkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.Sesi perundingan belanjawan itu bertemakan ‘Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.Dalam perundingan belanjawan itu, kerajaan menerima 84 memorandum daripada pelbagai pihak dan memberi jaminan akan mempertimbangkannya sebagai input dalam Belanjawan 2013.Sesi perundingan itu adalah proses berterusan yang akan turut membabitkan isu penting yang bakal dilaksanakan menerusi perbincangan kumpulan fokus yang lebih kecil kemudian.
Malaysia kini dalam tahun ketiga perjalanan transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Kita sudah mencapai banyak perkara dalam tempoh pendek itu, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.Justeru, setiap belanjawan perlu menyumbang dan membawa kita lebih dekat ke arah mencapai Wawasan 2020.Kerajaan perlu menyediakan peluang yang saksama untuk pendidikan dan sektor lain selain memastikan kualiti hidup rakyat yang lebih tinggi.Usaha transformasi juga menunjukkan perkembangan positif yang mana pada tahun lalu, ekonomi berkembang 5.1 peratus disokong oleh permintaan domestik yang menyaksikan pelaburan swasta meningkat daripada RM95.9 bilion pada 2010 kepada RM111.8 bilion tahun lalu.

Wednesday, August 8, 2012

KEMASKINI DATA E-OPERASI 1 OGOS -27 OGOS 2012

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuka ruang untuk semakan dan pengemaskinian data guru-guru dalam sistem online e-OPERASI. Semua guru diminta untuk menyemak dan memastikan ketepatan data masing-masing dalam sistem yang dimaksudkan.
Adalah diingatkan bahawa data dalam sistem e-OPERASI tiada kaitan dengan sistem EMiS online. Ingatan ini diberi kerana masih ada fahaman segelintir guru yang mengatakan data dalam e-OPERASI dihubungkan dengan data EMiS.
Oleh itu semua guru diingatkan supaya tidak menyerahkan tugas semakan dan pengemaskinian data dalam sistem e-OPERASI ini kepada Guru Data Sekolah. Ini kerana Guru Data Sekolah tidak pernah dilantik untuk menguruskan data dalam sistem e-OPERASI. Sesi semakan dan pengemaskinian data dalam e-OPERASI ini dibuka bermula pada 01 Ogos hingga 27 Ogos 2012.
Semua guru yang ingin menyemak dan mengemaskini data perlu berdaftar sebagai pengguna sistem ini yang boleh dicapai melalui http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ . ID Pengguna dan Kata Laluan yang pernah diwujudkan sama ada dalam sistem e-OPERASI atau e-GTukar boleh digunakan dan ianya sah walau pun seseorang guru itu telah bertukar sekolah.
Sila maklumkan kepada PK1 atau Guru Besar sekiranya terdapat kesilapan pada data dalam medan yang tidak boleh dibuat pindaan oleh guru-guru sendiri. Hanya kumpulan pengurusan ini sahaja yang boleh membuat pindaan pada data guru. Sebarang kesulitan, sila berhubung dengan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD masing-masing atau menghubungi En. Mat Lin bin Mohd Nor di talian 09-6213327, En. Kamal bin Abdullah 09-6213109 dan En. Wahab bin Salleh 09-6213327 di Unit Pengurusan Sekolah Rendah, JPN Terengganu.

sumber: http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Tuesday, August 7, 2012

UJIAN OTI 4 PADA 7.8.2012 HINGGA 9.8.2012

SELAMAT MENDUDUKI UJI1/SAINS DAN OTI 4.

SELASA(7.8.2012): BMK/BMP DAN MT2
RABU:MT1/ SAINS DAN PAI
KHAMIS:BI1/BI2 DAN JAWI.

Saturday, July 28, 2012

JPA LULUSKAN 7975 JAWATAN DG41 PJJ KPM OUM MULAI 23 JULAI 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil maklum dan prihatin di atas perkara yang dibangkitkan oleh Hashim Adnan, Presiden NUTP agar JPA menaikkan gred 400 guru yang memperoleh ijazah melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari Gred DGA32 dan DGA29 kepada Gred DG41 seperti yang dinikmati 7,975 guru lepasan Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS).

Untuk makluman, Program Pensiswazahan Guru (PPG) adalah merupakan isu Pertukaran Pelantikan kerana ia melibatkan dua skim perkhidmatan yang berbeza dan bukannya kenaikan gred guru. Isu pelantikan guru adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak JPA hanya terlibat dengan keperluan pewujudan jawatan dan tidak terlibat dengan proses pelantikan guru.
Sehingga 23 Julai 2012, JPA telah meluluskan sebanyak 7,975 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) pelbagai Gred ke jawatan PPPS Gred DG41 di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkuat kuasa 2 Oktober 2010. Pewujudan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 adalah bagi menampung keperluan penempatan PPPLD yang telah tamat dan memperoleh ijazah di bawah Dasar Pensiswazahan Guru secara PJJ yang dilaksanakan oleh KPM. Kelulusan tersebut telah menyelesaikan isu guru yang telah memperolehi ijazah sebelum tahun 2010 sehingga Disember 2011 dan telahpun lulus temu duga dan diperaku oleh SPP untuk dilantik sebagai PPPS Gred DG41.

Berhubung isu 400 guru yang telah tamat pengajian dan belum diluluskan kenaikan gred oleh JPA dan KPM, KPM kini sedang mendapatkan maklumat daripada NUTP berkaitan sumber data 400 guru tersebut termasuk mengemukakan senarai nama penyandang ke KPM. Untuk makluman sehingga kini, JPA masih tidak menerima sebarang permohonan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM bagi menukar ganti jawatan berhubung kohort baharu guru yang telah tamat PPG.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
26 Julai 2012

Thursday, July 19, 2012

Terengganu cuti Ahad ini 22.7.2012 rai kejayaan Sukma


17 Julai 2012
KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan cuti peristiwa sehari pada Ahad ini bagi negeri itu sempena kejayaan kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15.
  
Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyambut kontinjen Terengganu yang tiba dari Pahang di sempadan negeri Kemaman-Kuantan, di sini.
  
Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011. - Bernama

Sunday, July 15, 2012

MAJLIS PELANCARAN JALUR GEMILANG 17 JULAI 2012

  •  
  • Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang
    • Tarikh: 17 Julai 2012 (Selasa)
    • Masa: 8.00 pm
    • Tempat: Little India, Brieckfields | Kampung Baru | Petaling Street, Kuala Lumpur