Tuesday, April 17, 2012

PERATURAN PERPUSTAKAAN SKBTUM 2012

1-Tidak dibenarkan membawa masuk makanan,minuman,beg dan fail ke dalam pusat sumber.Sila letak di luar atau tempat yang disediakan.
2-Dilarang membuat bising,berbual-bual atau bersiul dalam pusat sumber.
3-Letakkan semua buku yang telah digunakan ke tempat asal.
4-Pelihara harta milik pusat sumber,dilarang menconteng meja ,kerusi,dinding dan lantai pusat sumber.
5-Hargai semua hakmilik pusat sumber dengan sebaiknya.Gunakan dengan cermat supaya boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
6-Murid-murid yang ingin menggunakan pusat sumber semasa pengajaran dan pembelajaran hendaklah diawasi oleh guru
7-Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada tarikh yang ditetapkan.
8-Sebarang pinjaman buku hendaklah melalui proses pendaftaran di kaunter pinjaman terlebih dahulu.
9-Pelajar hanya dibenarkan memimjam atau memulangkan buku pada masa yang ditetapkan atau semasa pengawas bertugas berada di kaunter.
10-Pengguna pusat sumber haruslah sentiasa menjaga kebersihan Pusat Sumber.

Monday, April 2, 2012

Wira SK Bukit Tumbuh menang dengan SK Kompleks Mengabang Telipot 5-1

Tahniah !! Layak ke Separuh Akhir SK Bukit Tumbuh VS SK Beladau Kolam

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga sekolah SK Bukit Tumbuh kerana sentiasa memberi sokongan dan komitmen padu ke arah kecemerlangan sukan sekolah.Hadir sama YM Pn Hjh Sharifah Kasmani Bt Syed Akil (Guru Besar),Pn Tan Soh Pheng( GPK kokurikulum),Cikgu Shaharudin (1M 1S),Cikgu Azlina(Ketua rumah Hijau),Ustazah Nurhidayah(Ketua Bola Jaring) dan semua AJK Bola Baling 2012.Semoga tahun hadapan...Pasukan Bola Baling maju setapak lagi untuk menjadi Johan keseluruhan.