Wednesday, April 20, 2011

Lawatan pengawas sekolah dan pengawas pss Planetarium,Muzium Negeri dan Perpustakaan Awam
















Lawatan ini dianjurkan oleh jawatankuasa pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.Lawatan ini terdiri daripada 130 pelajar yang terdiri daripada 70 pengawas sekolah dan 70 pengawas pusat sumber.Guru-guru yang turut serta lawatan ini ialah Cikgu Azman ( ketua rombongan),Cikgu Zaidon,Cikgu Halim,Cikgu Zuzaini dan Cikgu Khamsah.Objektif utama lawatan ini ialah mencari maklumat dan pengalaman bermakna untuk digunakan dalam pembelajaran di dalam kelas.

Bas bertolak pada pukul 9.30 pagi dari sekolah ke Planetarium.Sebaik sahaja sampai di planetarium,peserta lawatan dibahagikan kepada 2 kumpulan utama.Setiap kumpulan berpeluang mengikuti “Tayangan Astronomi “dan mengunjungi galeri sains secara bergilir-gilir di Planetarium.Setiap murid dikenakan bayaran masuk sebanyak RM1.00 dan RM5.00 untuk guru.

Seterusnya,pada pukul 11.oo pagi,rombongan menuju ke Muzium Negeri di Bukit Losong.Hampir 1 jam setengah peserta lawatan berpeluang mengunjungi sudut-sudut pameran di Muzium Negeri.Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM1.00 setiap murid manakala RM 5.00 bagi setiap guru.

Peserta lawatan mengambil peluang merehatkan minda sambil makan tengah hari di Masjid Taman Tamadun Islam(TTI).Oleh kerana kekangan masa,bas rombongan terus ke Perpustakaan Negeri Terengganu(PPAT).Rombongan kami disambut oleh Pn Salmah pegawai Perpustakaan.Beliau telah memberi taklimat ringkas berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan.Peserta lawatan dibawa ke setiap tingkat sambil diberi penerangan oleh pegawai tersebut.Peserta lawatan amat bertuah kerana menerima sedikit cendera hati dari pihak perpustakaan.Terima kasih.

Peserta lawatan amat gembira dan seronok sepanjang lawatan bermaklumat ini.Mudah-mudahan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.Komitmen dan kerjasama semua pihak sehingga menjayakan program ini diucapkan berbanyak terima kasih.

setiausaha lawatan

Monday, April 18, 2011

PAMERAN BUKU TERBITAN DBP DI SM TEKNIK LAPANGAN TERBANG

pertandingan bola baling perempuan bawah 12 mssmktu 2011



TARIKH:18/4/2011
HARI:ISNIN
TEMPAT:SMK MANIR
MASA:2.30 PETANG

MASA PERMAINAN : 7 MINIT : 1MINIT: 7 MINIT

TARIKH: 20/4/2011
HARI: RABU
TEMPAT:SMK MANIR
MASA : 2.30 PETANG

KUMPULAN B
B1 SK PULAU BAHAGIA
B2 SK BELADAU KOLAM
B3 SK BUKIT TUMBUH
B4 SK MENGABANG TELIPOT
B5 SK PAGAR BESI
B6 SK PULAU MANIS

PERPUSTAKAAN SK BUKIT TUMBUH 2011

xxx

Sebahagian sudut ceria di perpustakaan SK Bukit Tumbuh.
sumber Guru Perpustakaan : Pn Zuzaini Bt Abd Aziz.

KELULUSAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN




KELULUSAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
RUJ:PT.26002-06/2(26)
TARIKH:10 APRIL 2011



Wednesday, April 6, 2011

Mesyuarat Panitia BM kali 2 2011



Tempat:Bilik Perpustakaan
Masa :1.30 petang

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2008 - SEGAK





Rakan-rakan guru PJPK SK BUKIT TUMBUH.

SEGAK adalah satu set ujian Standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.Komponen yang diukur ialah
1-Pengiraan Indeks Jisim
2-Ujian naik turun Bangku selama 3 minit
3-Ujian Tekan Tubi
4-Ujian Ringkuk Tubi Separa
5-Ujian Jangkauan Melunjur.

Ujian ini hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun iaitu bulan Mac dan Bulan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 sahaja.
Semua data mestilah diisi menggunakan Borang BSSR ( Sekolah Rendah) dan Borang BSSM (Sekolah Menengah)

Salam hormat.

Setiausaha
PJPK 2011