Wednesday, March 16, 2011

LAYANAN SEINDAH SENYUMAN

Sudahkan anda menghantar borang cukai pendapatan 2010 ( e-filling )
http://www.hasil.gov.my/index.php

Tema hari Guru 2011 "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"



2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1992 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Tuesday, March 15, 2011

Berita Tsunami Jepun 13.3.2011

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Bencana berkenaan merupakan yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh lebih 100 tahun.

Jumlah kerosakan sedang dinilai dan tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian yang diperolehi setakat ini.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Susulan itu, satu amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 50 gempa susulan turut berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas itu.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Banyak tempat putus hubungan

Laporan televisyen hari ini menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun.

Antara visual dahsyat yang ditunjukkan melibatkan sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami ke arah tembok penampan di bandar Kesennuma, Miyagi.

Tsunami setinggi setinggi 10 meter dilaporkan melanda pelabuhan Sendai dengan ombak yang merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan segala yang berada di laluannya.Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kejadian tanah runtuh dan kebakara, termasuk satu pusat penapisan minyak di Chiba berhampiran Tokyo.

Thursday, March 10, 2011

Cuti sekolah selama 1 minggu

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan OTI 1.Minggu depan cuti selama 1 minggu.Cuti Terancang telah tersedia dan dirancang untuk dilaksanakan dengan jayanya .insyaallah.

Manfaatkan cuti sekolah dengan perkara yang memberi faedah kepada kita,keluarga kita,bangsa kita.

Wednesday, March 9, 2011

Ucapan perasmian kejohanan olahraga dan sukantara 2011


Ucapan perasmian Oleh En Maslan (Penyelia kokurikulum)
mewakili En Azhar B Abu Bakar
(Timbalan PPD Kuala Terengganu)

Kumpulan perbarisan lintas hormat rumah sukan 2011


rumah Kental Rumah Handal

Rumah Mantap Rumah Bestari

Soalan kuiz.Segarang-garang harimau....ada ketika harimau pun boleh senyum..betul tak?

BAITI JANNATI SK BUKIT TUMBUH 2011


rumah Handal Rumah Mantap

Rumah Kental Rumah Bestari

salam