
Kami warga SK Bukit Tumbuh ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.Semoga Ibadah puasa pada kali ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Pusat Sumber Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 2001 ke arah membina kecemerlangan pelajar



Majlis Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Hotel Quality, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 16 Julai 2011. Bertemakan "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia" telah menobatkan Tokoh NILAM bagi tahun 2011. Pemilihan kali ini telah dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor bermula 14-16 Julai 2011. Seramai 56 orang calon murid sekolah menengah dan rendah terlibat. BTPN Terengganu turut menghantar empat calon yang telah terpilih secara saringan di peringkat negeri. Berikut adalah keputusan penuh Anugerah NILAM 2011. sumber: BTPNT