Friday, December 28, 2012

Bayaran Balik Pinjaman KPM(Pinjaman Boleh Ubah)

Kepada Peminjam-Peminjam PJJ OUM, yang masih belum memohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran sila hantar Surat Permohonan , Borang A , Salinan Transkrip dan Salinan Ijazah yang telah disahkan oleh Majikan ke

Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
SELANGOR

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh terus menghubungi Unit Penguatkuasaan di talian 03-83217124
 
Pinjaman

Pinjaman ialah bantuan kewangan yang perlu dibayar balik. Semua pelajar dan pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam bentuk 'pinjaman' adalah dikehendaki membayar balik pinjaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan. Setiap pinjaman KPM yang diterima tidak boleh ditukarkan kepada biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.



Pinjaman Boleh Ubah

Pinjaman Boleh Ubah ialah bantuan yang diberikan kepada PPP/pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau luar Negara dan layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan bayaran 25% sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
          i.   Mendapat purata CGPA 2.75 dan ke atas;
          ii.  Menamatkan pengajian dalam tempoh kursus yang ditetapkan tanpa pelanjutan.
          iii. Mengemukakan permohonan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh konvokesyen.
          iv.  Tidak menukar bidang/kursus pengajian.
          v.   Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau Universiti.



Proses Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran

1.    Peminjam menerima Notis Pembayaran Penuh daripada Bahagian Biasiswa, KPM dalam tempoh 6
       bulan selepas menamatkan pengajian. (Sila hubungi Bahagian Biasiswa, KPM sekiranya tidak
       menerima Notis Pembayaran Penuh).
2.    Mengembalikan dengan segera Borang A (Borang Kemaskini Maklumat Peminjam).
3.    Mengemukakan permohonan bayaran 25% bagi peminjam program Ijazah Pertama yang layak        dengan mengemukakan :
       i.    Sesalinan transkrip penuh yang disahkan.
       ii.   Sesalinan sijil Ijazah yang disahkan



Tindakan Peminjam

1.    Membuat pembayaran pertama mengikut tarikh mula bayar seperti di jadual pembayaran yang telah
       ditetapkan.
2.    Membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan.
3.    Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur setiap bulan.
4.    Menerima resit daripada Bahagian Biasiswa, KPM atau resit bercetak lain yang diperakui sebagai
       bukti pembayaran.
5.    Melaporkan kepada KPM dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat termasuk
       alamat penjamin.
6.    Sentiasa menggunakan No. Kad Pengenalan (lama dan baru) apabila berurusan dengan KPM
       berhubung bayaran balik pinjaman.
 http://www.facebook.com/permalink.php?id=359329732750&story_fbid=10150684175337751

No comments:

Post a Comment